 |
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK,
TINGKAT 16, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR,
JALAN SIMPANG TIGA,
93592 KUCHING.
|
______________________________________________________________________________
Semua Ketua Jabatan Persekutuan, Ruj. Kami:PKP(S)124-1/7/14(7)
Sarawak. Tarikh:15 Mac 2001
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan,
Sarawak.
Tuan,
PINDAAN PERTAMA SURAT PEKELILING KONTRAK
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK
BILANGAN 4 TAHUN 2001
Kontrak Pusat Bagi Pembuatan, Pembekalan dan Penghantaran Roti Bantal, Bun,
Kek Dan Kaya Kepada Semua Jabatan Persekutuan di Sarawak ( Termasuk Sekolah
Kategori 'A','B' dan 'C' ) dan Badan Berkanun Persekutuan Bagi Kawasan
Bintulu Untuk Tahun 2001 Hingga 2003
1 . PERIHAL
1.1 Dimaklumkan bahawa sedikit pindaan perlu dibuat ke atas Surat
Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Malaysia Sarawak Bilangan
4 Tahun 2001 bagi Kontrak Pusat Pembuatan, Pembekalan dan
Penghantaran Roti Bantal, Bun, Kek Dan Kaya Kepada Semua
Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan (Termasuk
Sekolah-Sekolah Kategori 'A', 'B' dan 'C') Bagi Kawasan
Bintulu Untuk Tahun 2001 Hingga 2003.
2. PINDAAN NAMA KONTRAKTOR
2.1. Oleh yang demikian, sedikit pindaan ke atas Lampiran 'A'
hendaklah dibuat iaitu 'Nur Trading' dipinda kepada
'Jasa Natuna Sdn. Bhd.'
3. HAL-HAL LAIN
3.1 Hal-hal lain adalah sama seperti terkandung dalam Surat
Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Malaysia Sarawak
Bilangan 4 Tahun 2001 bertarikh 22 Februari 2001.
Sekian, terima kasih.
" Sentiasa Mesra, Teliti dan Cepat"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
t.t.
(HAJI MOHD. ARIFF BIN HAJI YUSOF)
Pegawai Kewangan Persekutuan,
Perbendaharaan Malaysia,
Sarawak.
Kembali
ke Senarai Surat Pekeliling Kontrak Pusat PMS