 |
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK,
TINGKAT 16, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR,
JALAN SIMPANG TIGA,
93592 KUCHING.
|
______________________________________________________________________________
Ruj. Kami:PKP(S)124-1/9 JLD.3(45)
Tarikh:6 April 2001
Semua Ketua Jabatan Persekutuan,
Sarawak.
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan,
Sarawak.
Tuan,
PINDAAN PERTAMA SURAT PEKELILING KONTRAK
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK
BILANGAN 5 TAHUN 2001
Kontrak Pusat Bagi Pembekalan dan Penghantaran Daging (Halal)Kepada
Semua Jabatan Persekutuan di Sarawak ( Termasuk Sekolah Kategori
'A'dan 'B') dan Badan Berkanun Persekutuan Di Sarawak
Untuk Tahun 2001 Hingga 2003
1 . PERIHAL
1.1 Dimaklumkan bahawa sedikit pindaan perlu dibuat ke atas Surat
Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Malaysia Sarawak Bilangan
5 Tahun 2001 bagi Pembekalan dan Penghantaran Daging (Halal)
Kepada Semua Jabatan Persekutuan di Sarawak ( Termasuk
Sekolah Kategori 'A'dan 'B') dan Badan Berkanun Persekutuan
Di Sarawak Untuk Tahun 2001 Hingga 2003.
2. PINDAAN HARGA KONTRAKTOR
2.1. Oleh yang demikian, sedikit pindaan ke atas Lampiran 'A'
iaitu 'Nur Trading' harga kontrak untuk Kawasan Simunjan,
Sri Aman, Lubok Antu daripada RM 9.90 hendaklah dipinda
kepada RM 9.10.
3. HAL-HAL LAIN
3.1 Hal-hal lain adalah sama seperti terkandung dalam Surat
Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Malaysia Sarawak
Bilangan 5 Tahun 2001 bertarikh 13 Mac 2001.
Sekian, terima kasih.
" Sentiasa Mesra, Teliti dan Cepat"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
t.t.
(HAJI MOHD. ARIFF BIN HAJI YUSOF)
Pegawai Kewangan Persekutuan,
Perbendaharaan Malaysia,
Sarawak.
Kembali
ke Senarai Surat Pekeliling Kontrak Pusat PMS