![]() |
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK, TINGKAT 16, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR, JALAN SIMPANG TIGA, 93592 KUCHING. |
____________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : PKP(S)124-1/23 JLD.2(14) Tarikh : 15 Mac 2001
Semua Ketua Jabatan Persekutuan, SARAWAK.
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan, SARAWAK.
Tuan,
PINDAAN KEDUA KEPADA SURAT PEKELILING KONTRAK PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK BILANGAN 1 TAHUN 2001
Kontrak Pusat Bagi Membuat, Menghantar dan Memasang Perabot Jenis Logam Kepada Semua Jabatan Persekutuan (Termasuk Sekolah-Sekolah Kategori 'A' dan 'B')dan Semua Badan-Badan Berkanun Persekutuan Di Negeri Sarawak Bagi Tahun 2001 Hingga 2002
1. PERIHAL
1.1 Dimaklumkan bahawa sedikit pindaan perlu dibuat ke atas Surat Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Malaysia Sarawak Bil. 1 Tahun 2001 bagi Membuat, Menghantar dan Memasang Perabot Jenis Logam Kepada Semua Jabatan Persekutuan (Termasuk Sekolah-Sekolah Kategori 'A' dan 'B')dan Semua Badan-Badan Berkanun Persekutuan Di Negeri Sarawak Bagi Tahun 2001 Hingga 2002.
1.2 Perbendaharaan Malaysia Sarawak telah meluluskan permohonan Seteguh Resources Sdn. Bhd. untuk menukar akaun bank. Oleh itu, Jabatan tuan diarah untuk membuat bayaran terhadap invois-invois bagi kontrak tersebut dengan menggunakan akaun bank berikut:-
NAMA BANK
NO. AKAUN
Bumiputera Commerce Bank Berhad Jalan Satok, Kuching 01-017-06625-72
2. HAL-HAL LAIN
2.1 Syarat dan ketetapan lain yang berkaitan dengan kontrak ini adalah sama seperti terkandung dalam Surat Pekeliling Kontrak,Perbendaharaan Malaysia Sarawak,Bilangan 1 Tahun 2001 bertarikh 13 Januari 2001.
Sekian, terima kasih.
"Sentiasa Mesra, Teliti dan Cepat"
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
Saya yang menurut perintah,
t.t.
(HAJI MOHD.ARIFF BIN HAJI YUSOF) Pegawai Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan Malaysia, Sarawak.