 |
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK,
TINGKAT 16, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR,
JALAN SIMPANG TIGA,
93592 KUCHING.
|
___________________________________________________________________________
Ruj. Kami : PKP(S) 124/18 JLD.2(16)
Tarikh : 2 Julai 2001
Semua Ketua Jabatan Persekutuan,
SARAWAK.
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan,
SARAWAK.
Tuan
SURAT PEKELILING KONTRAK
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK
BILANGAN 11 TAHUN 2001
Kontrak Pusat Bagi Pembekalan dan Penghantaran Daging Ayam (Halal)
Kepada Semua Jabatan Persekutuan, Sarawak (Termasuk Sekolah Kategori
'A' & 'B') dan Badan Berkanun Persekutuan di Sarawak
Bagi Tahun 2001 Hingga 2003
1 . PERIHAL
1.1 Perbendaharaan Malaysia Sarawak telah mengadakan semula
kontrak pusat bagi Pembekalan dan Penghantaran Daging Ayam
(Halal) Kepada Semua Jabatan Persekutuan(Termasuk Sekolah
Kategori 'A' & 'B') dan Badan Berkanun Persekutuan Sarawak
Untuk Kawasan Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Miri'A'
(Miri/Bakong/Bekenu/Subis),Kapit, Miri 'B' (Marudi/Baram)
dan Sibu (Tidak termasuk Mukah/Dalat)
Bagi Tahun 2001 Hingga 2003.
1.2 Walau bagaimanapun, kontrak yang sama bagi kawasan
Mukah/Dalat, Bintulu dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Sarawak belum diwujudkan lagi. Oleh yang demikian,
pembelian Daging Ayam (Halal) bagi kawasan-kawasan ini
boleh dibuat daripada mana-mana syarikat bertaraf
Bumiputera yang berdaftar dalam bidang berkenaan dengan
pejabat ini dengan harga yang munasabah.
2. NOMBOR DAN NAMA KONTRAK
2.1 Nombor Kontrak : Seperti di Jadual 'A'.
Nama Kontrak : Pembekalan dan Penghantaran
Daging Ayam (Halal)
3. BUTIR-BUTIR KONTRAKTOR
3.1 Nama dan butir-butir kontraktor berkenaan seperti di Jadual 'A'.
4. TEMPOH KONTRAK
4.1 Tempoh kontrak ialah selama dua (2) tahun berkuatkuasa
mulai 1 Ogos 2001 sehingga 31 Julai 2003.
5. HARGA
5.1 Harga di bawah kontrak ini adalah harga bersih bagi satu
kilogram (kg)Ayam termasuk semua cukai serta kos pembungkusan dan
dan penghantaran ke tempat-tempat yang berkaitan seperti
di Jadual 'A'.
6. PENENTUAN
6.1 Pejabat ini akan sentiasa mengawasi tentang mutu bekalan supaya
menepati penentuan-penentuan yang telah ditetapkan seperti di
Lampiran 'A'.
7. TEMPOH PENYERAHAN
7.1 Tempoh penyerahan ialah tiga (3) minggu dari tarikh pesanan rasmi
dikeluarkan.
7.2 Jabatan-Jabatan Kerajaan adalah dibenarkan untuk membuat pindaan
kepada tempoh penyerahan ini kepada suatu tempoh yang lain
tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
7.2.1 Persetujuan pindaan ini dibuat secara bertulis oleh Pegawai
Kewangan Persekutuan atau wakilnya dengan kontraktor.
7.2.2 Pindaan tersebut dimaklumkan kepada Pejabat Kewangan
Persekutuan sebelum barang-barang tersebut diserahkan.
7.2.3 Jabatan berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
pesanan yang dibuat di bawah peruntukan ini.
7.3 Barang-barang yang diserahkan oleh kontraktor pada masa dan
tarikh yang ditetapkan di dalam Borang Pesanan tidak boleh
ditolak tanpa arahan secara bertulis daripada pegawai yang
membuat pesanan. Jika penolakan dibuat secara 'ad hoc' tanpa
memberitahu terlebih dahulu kepada kontraktor, tindakan boleh
diambil terhadap pegawai berkenaan termasuk menanggung segala
tuntutan gantirugi oleh kontraktor berhubung dengan perkara ini.
Sebarang penangguhan atau pindaan kepada tarikh penyerahan
hendaklah dibuat secara bertulis dan sesalinan notis tersebut
dihantar kepada Pejabat Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan
Malaysia, Sarawak dan Unit yang membuat bayaran di Jabatan-Jabatan
berkenaan.
7.4 Sekiranya Jabatan pemesan telah mematuhi 9.1. dan 10.4. dan kontraktor
gagal membuat bekalan dalam tempoh penyerahan kecuali bagi keperluan
segera sahaja, Jabatan-Jabatan Kerajaan boleh membeli dari punca-punca
lain. Perkara pembelian tersebut hendaklah dilaporkan dengan serta-merta
ke Pejabat Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan Malaysia, Sarawak
dengan menyertakan sekali salinan Pesanan Tempatan dan inbois/bil yang
terlibat.
7.5 Sebarang pesanan yang tidak dilaksanakan oleh kontraktor mengikut
tempoh penyerahan dan pembelian dari punca-punca lain telah dibuat,
Jabatan pemesan hendaklah melaporkan dengan segera kepada Pejabat
Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan Malaysia, Sarawak dengan
menyatakan nombor kontrak, nombor pesanan tempatan, tarikh, kuantiti dan
nilai pesanan berkenaan. Sekiranya pesanan tersebut telah diterima sila
juga nyatakan tarikh pencrimaannya.
8. PESANAN MINIMA
8.1 Pesanan minima bagi tiap-tiap satu pesanan untuk satu destinasi tidak
dihadkan. Bagimanapun, pesanan hendaklah tidak terlalu sedikit yang
boleh mendatangkan masalah dan merugikan kontraktor.
9. ANGGARAN KEPERLUAN
9.1 Semua Jabatan Pemesan dikehendaki menghantar jadual anggaran serta
jangkamasa keperluan bagi tahun berkenaan kepada kontraktor degan
segera untuk memudahkan/membolehkan kontraktor membuat
perancangan pembekalan sebagaimana yang dikehendaki. Satu salinan
jadual berkenaan hendaklah dipanjangkan kepada Pejabat
Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
9.2 Sekiranya Jabatan Pemesan tidak mematuhi arahan pada 9.1. dan 10.3.
kontraktor berkenaan tidak boleh dipersalahkan jika berlaku lewat
bekalanb kelak.
10. PESANAN
10.1 Semua pesanan hendaklah dibuat terus kepada kontraktor yang dilantik
mengikut kawasan masing-masing dengan mencatatkan nombor kontrak,
jenis barang dan kuantiti keperluan. Pesanan terakhir oleh Jabatan
mestilah dibuat tidak lewat dari dua (2) minggu sebelum tarikh tamat
kontrak.
10.2 Keperluan yang terlalu banyak janganlah diminta melalui satu pesanan
sahaja tetapi hendakah dipecah-pecahkan kepada beberapa pesanan.
Pesanan-pesanan itu pula hendaklah dijarakkan tempohnya mengikut
jangkamasa yang munasabah. Ini akan memudahkan kontraktor membuat
bekalan dan seterusnya memudahkan Jabatan pemesan membuat bayaran
bagi pesanan-pesanan berkenaan.
10.3 Bagi pihak pemesan di kawasan pendalaman, sekiranya keperluan pesanan
kecil, adalah dinasihatkan supaya membuat satu pesanan untuk keperluan
bagi tempoh tiga/empat bulan sekali supaya jumlah bekalan itu memadai
dan senang untuk dilaksanakan oleh kontrakor.
10.4 Jabatan peemesan adalah dikehendaki memberi alamat yang lengkap serta
nama pegawai dan nombor telefon masing-masing kepada kontraktor
supaya pembekalan dapat dijalankan degan licin dan tepat pada tempat
yang dikehendaki.
11. PEMBUNGKUSAN
11.1 Semua barang yang dipesan akan dibungkus dengan sempurna bagi
melindungi daripada sebarang kerosakan atau kehilangan. Apa-apa
kerosakan atau kehilangan yang disebabkan oleh pembungkusan yang
tidak sempurna kontraktor hendaklah diminta mengganti dengan bekalan
baru dalam tempoh empat belas (14) hari tanpa apa-apa tambahan kos.
12. PEMERIKSAAN
12.1 Jabatan pemesan hendaklah memeriksa bekalan yang diterima untuk
mempastikan bahawa jenis dan jumlah barang yang dibekalkan itu adalah
sama seperti yang dipesan. Jika didapati kekurangan, kontraktor hendaklah
diminta segera menganti jumlah yang kurang itu tanpa apa-apa tambahan
kos.
12.2 Semua barang-barang yang dibekalkan mestilah berada di dalam keadaan
baik dan memuaskan. Barang-barang yang didapati rosak atau cacat
semasa penerimaannya hendaklah ditolak dan kontraktor diminta mengganti
dengan bekalan baru tanpa apa-apa tambahan kos. Penolakan ini
hendaklah dibuat serta-merta dan secara bertulis dan disalinkan kepada
Pejabat Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
13. KAWALAN KUALITI
13.1 Jika ada apa-apa keraguan tentang kualiti barang-barang disebabkan
kerosakan pembungkusan, Jabatan pemesan hendaklah meminta
kontraktor menggantikan barang-barang yang diragui kualitinya dengan
bekalan baru tanpa apa-apa kos tambahan. Penolakan hendaklah dibuat
secara bertulis dengan salinan kepada Pegawai Kewangan Persekutuan,
Perbendaharaan Malaysia, Sarawak pada hari penolakan itu dibuat.
Kontraktor mestilah menggantikan barang-barang tersebut dalam tempoh
dua (2) minggu dari tarikh pemberitahuan dikeluarkan.
14. TEMPOH AKHIR PENGADUAN
14.1 Jabatan pengguna hendaklah mengemukakan apa-apa aduan mengenai
kontrak ini dengan serta-merta dan tidak lewat daripada tiga(3) bulan
selepas tarikh tamat kontrak. Pejabat Kewangan Persekutuan, Sarawak
tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa masalah yang berbangkit akibat
dari kegagalan Jabatan mematuhi arahan ini.
15. PEMBAYARAN BIL
15.1 Pembayaran terhadap bil-bil yang dikemukakan oleh kontraktor hendaklah
dibuat mengikut tatacara yang ditetapkan oleh Akauntan Negara Malaysia.
15.2 Pembayaran hendaklnh dibuat terus kepada kontraktor.
15.3 Bagi pesanannya yang telah disempurnakan oleh kontraktor dengan
memuaskan, bil mengenai dengannya hendaklah dijelaskan dalam tempoh
tiga puluh (30 hari) dari tarikh bil itu diterima.
15.4. Walau apapun peraturan atau tatacara penerimaan barang-barang yang
diamalkan oleh sesuatu Jabatan, pengesahan penerimaan barang-barang
mestilah dibuat dengan segera pada hari bekalan disempurnakan untuk
membolehkan kontraktor mengemukakan bil pembayaran dengan seberapa
segera. Jabatan tidak perlu menunggu laporan ujian Jabatan
Penguji untuk membuat bayaran.
16. PENGGUNAAN KONTRAK
16.1 Semua Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun dan Agensi-Agensi
yang berkenaan di bawah kelolaan masing-masing hendaklah
menggunakan kontrak ini sahaja dan tidak dibenarkan membeli dari punca
lain tanpa kebenaran Pegawai Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan
Malaysia Sarawak.
16.2 Penentuan dalam kontrak ini adalah penentuan gunasama pelbagai
Jabatan. Sekiranya penentuan itu tidak sesuai dengan keperluan Jabatan
pengguna, sila kemukakan penentuan yang diperlukan, dengan menyatakan
perbezaan dari penentuan kontrak ini serta justifikasi mengapa perbezaan
itu perlu.
16.3. Pejabat Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan Malaysia, Sarawak
seterusnya akan menimbangkan pengecualian daripada menggunakan
Kontrak Pusat dan perolehan melalui aturcara lain.
17. HAL-HAL LAIN
17.1 Jika terdapat sebarang kemusykilan mengenai kontrak ini, Jabatan
pengguna adalah dinasihatkan menghubungi Pejabat Perbendaharaan
Malaysia Sarawak seperti di alamat di atas atau melalui telefon
no. 082-421333 kepada Encik Mohd. Saiful Sungkih bin Abdullah
sambungan 243 atau email ppkp@pmswk.gov.my
Sekian, terima kasih.
"Sentiasa Mesra, Teliti dan Cepat"
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
Saya yang menurut perintah,
t.t.
(WAN SHARBINI BIN SAYED MAHDILI)
b.p. Pegawai Kewangan Persekutuan,
Perbendaaraan Malaysia,
Sarawak.
Lampiran 'A'
SPESIFIKASI BAGI DAGING AYAM (HALAL)
1. Kontraktor/Pembekal hendaklah mengesahkan bahawa ayam-ayam
tersebut telah disembelih dan diproses dengan cara yang bersih dan
mengikut peraturan Agama Islam.
2. Ayam bersih hendaklah dibekalkan tanpa kepala, kaki,
leher, perut(usus).
3. Hendaklah dari ayam gemuk dan berat selepas disembelih dan
dibersihkan tidak kurang dari:-
1 3/4 kati (1.1 kg) hingga 2 1/12 kati (1.5 kg)
4. Jenis Ayam:-
4.1 Ayam segar (fresh) - ayam yang telah sedia dibersihkan
4.2 Ayam beku (frozen)
5. Ayam hendaklah bebas dari penyakit dan tidak disuntik dengan hormone.
Kembali
ke Senarai Surat Pekeliling Kontrak Pusat PMS