Fcrest
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK,			
TINGKAT 16, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR,
JALAN SIMPANG TIGA,
93592 KUCHING.
______________________________________________________________________________________
							Ruj. Kami : PKP(S)124-1/26/7(22)
							Tarikh : 4 September 2001
Semua Ketua Jabatan Persekutuan,		  
SARAWAK.
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan,
SARAWAK.
Tuan,
SURAT PEKELILING KONTRAK 
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK 
BILANGAN 16 TAHUN 2001
Kontrak Pusat Bagi Pembekalan dan Penghantaran Telor Ayam Kepada Semua Jabatan
Persekutuan (Termasuk Sekolah Kategori 'A' dan 'B') dan Badan Berkanun 
Persekutuan Bagi Kawasan Kuching dan Samarahan Untuk Tahun 2001 Hingga 2003
1.	PERIHAL
	Perbendaharaan Malaysia Sarawak telah mewujudkan Kontrak Pusat bagi
	Pembekalan dan Penghantaran Telor Ayam Kepada Jabatan Persekutuan
	(Termasuk Sekolah-Sekolah Kategori 'A'& 'B')dan Badan Berkanun 
	Persekutuan bagi Kawasan Kuching dan Samarahan.
2.	NOMBOR DAN NAMA KONTRAK
	2.1	Nombor Kontrak	:	PMS/124/KONT/2001-36
		Nama Kontrak	:	Pembekalan dan Penghantaran Telor Ayam
3.	BUTIR-BUTIR KONTRAKTOR
...	3.1	Butir-butir kontraktor untuk kontrak berkenaan adalah seperti
		di Lampiran 'A'
4.	TEMPOH KONTRAK
	4.1	Tempoh kontrak ialah selama dua (2) tahun berkuatkuasa 
		mulai 01 Januari 2002 hingga 31 Disember 2003.
5.    	HARGa KONTRAK
	5.1	Harga di bawah kontrak ini adalah harga bersih bagi satu
		biji Telor Ayam termasuk semua cukai serta kos pembungkusan
		dan penghantaran ke tempat-tempat yang berkaitan.

...	5.2	Penetapan harga ditentukan mengikut Kawasan.  Harga dan 
		Kawasan untuk bekalan seperti di Lampiran 'A'.
6.	PENENTUAN
... 	6.1	Pejabat ini akan mengawasi mutu bekalan supaya menepati 
		penentuan-penentuan yang ditetapkan seperti di Lampiran 'B'.
7.	TEMPOH PENYERAHAN
	7.1	Tempoh penyerahan ialah tiga (3) minggu dari tarikh pesanan
		rasmi dikeluarkan.
	7.2	Jabatan Kerajaan dibenarkan membuat pindaan kepada tempoh 
		penyerahan ini kepada suatu tempoh yang lain tertakluk
		kepada syarat berikut:-
		7.2.1	Persetujuan pindaan ini dibuat secara bertulis oleh
			Pegawai Kewangan Persekutuan atau wakilnya dengan 
			kontraktor.
		7.2.2	Pindaan tersebut dimaklumkan kepada Perbendaharaan 
			Malaysia Sarawak sebelum barang tersebut diserahkan.
		7.2.3	Jabatan berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya 
			terhadap pesanan yang dibuat di bawah peruntukan 
			ini.
	7.3	Barang yang diserahkan oleh kontraktor pada masa dan tarikh
		yang ditetapkan di dalam Borang Pesanan tidak boleh ditolak
		tanpa arahan secara bertulis daripada pegawai yang membuat 
		pesanan.  Jika penolakan dibuat secara 'ad hoc' tanpa 
		memberitahu terlebih dahulu kepada kontraktor,tindakan 
		boleh diambil terhadap pegawai berkenaan termasuk 
		menanggung segala tuntutan gantirugi oleh kontraktor
		berhubung dengan perkara ini. Sebarang penangguhan 
		atau pindaan kepada tarikh penyerahan hendaklah dibuat 
		secara bertulis dan sesalinan notis tersebut dihantar 
		kepada 	Perbendaharaan Malaysia Sarawak dan Unit yang 
		membuat bayaran di Jabatan-Jabatan berkenaan.
	7.4	Sekiranya Jabatan pemesan telah mematuhi 9.1. dan 10.3 
		dan kontraktor gagal membuat bekalan dalam tempoh 
		penyerahan kecuali bagi keperluan segera sahaja, 
		Jabatan-Jabatan Kerajaan boleh membeli dari punca-punca 
		lain. Perkara pembelian tersebut hendaklah dilaporkan 
		dengan serta-merta ke Perbendaharaan Malaysia Sarawak 
		dengan menyertakan sekali salinan Pesanan Tempatan 
		dan inbois/bil yang terlibat.
	7.5	Sebarang pesanan yang tidak dilaksanakan oleh kontraktor 
		mengikut tempoh penyerahan dan pembelian dari punca-punca 
		lain telah dibuat, Jabatan pemesan hendaklah melaporkan 
		dengan segera kepada Perbendaharaan Malaysia Sarawak 
		dengan menyatakan nombor kontrak, nombor pesanan tempatan,
		tarikh, kuantiti dan nilai pesanan berkenaan.  Sekiranya 
		pesanan tersebut telah diterima sila juga nyatakan 
		tarikh penerimaannya.
8.	PESANAN MINIMA
	8.1	Pesanan minima bagi tiap-tiap satu pesanan untuk satu 
		destinasi tidak kurang daripada tiga ratus (300) biji telor.
		Walau bagimanapun bagi pesanan yang kurang daripada jumlah 
		tersebut pihak jabatan bolehlah berunding dengan kontraktor 
		untuk mendapatkan persetujuan.
9.	ANGGARAN KEPERLUAN
	9.1	Semua Jabatan pemesan dikehendaki menghantar jadual 
		anggaran serta jangkamasa keperluan bagi tahun berkenaan 
		kepada kontraktor dengan segera untuk memudahkan/
		membolehkan kontraktor membuat perancangan pembekalan 
		sebagaimana yang dikehendaki. Satu salinan jadual 
		berkenaan hendaklah dipanjangkan kepada 
		Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
	9.2	Sekiranya Jabatan pemesan tidak mematuhi arahan pada 9.1. 
		dan 10.3. kontraktor berkenaan tidak boleh dipersalahkan 
		jika berlaku lewat bekalan kelak.
10.	PESANAN
	10.1	Semua pesanan hendaklah dibuat terus kepada kontraktor 
		yang dilantik mengikut kawasan masing-masing dengan 
		mencatatkan nombor kontrak, jenis barang dan kuantiti 
		keperluan.  Pesanan terakhir oleh Jabatan mestilah dibuat 
		tidak lewat dari tiga (3) minggu sebelum tarikh tamat 
		kontrak.
	10.2	Keperluan yang terlalu banyak janganlah diminta melalui 
		satu pesanan sahaja tetapi hendaklah dipecah-pecahkan 
		kepada beberapa pesanan.  Pesanan-pesanan itu pula hendaklah
		dijarakkan tempoh mengikut jangkamasa yang munasabah.  
		Ini akan memudahkan kontraktor membuat bekalan dan 
		seterusnya memudahkan Jabatan pemesan membuat bayaran
		bagi pesanan-pesanan berkenaan.
	10.3	Jabatan pemesan dikehendaki memberi alamat yang lengkap
		serta nama pegawai dan nombor telefon masing-masing 
		kepada kontraktor supaya pembekalan dapat dijalankan 
		dengan licin dan tepat pada tempat yang dikehendaki.
11.	PEMBUNGKUSAN
	11.1	Semua barang yang dipesan akan dibungkus dengan sempurna 
		bagi melindungi daripada sebarang kerosakan atau kehilangan.
		Jika terdapat apa-apa kerosakan atau kehilangan yang 
		disebabkan oleh pembungkusan yang tidak sempurna, 
		kontraktor hendaklah diminta ganti dengan bekalan baru 
		dalam tempoh empat belas (14) hari tanpa apa-apa 
		tambahan kos.
12.	PEMERIKSAAN
	12.1	Jabatan pemesan hendaklah memeriksa bekalan yang diterima 
		untuk mempastikan bahawa jenis dan jumlah barang yang 
		dibekalkan itu sama seperti yang dipesan.  Jika didapati 
		kekurangan, kontraktor hendaklah diminta segera mengganti 
		jumlah yang kurang itu tanpa apa-apa tambahan kos.
	12.2	Semua barang yang dibekalkan mestilah berada di dalam 
		keadaan baik.  Barang yang didapati rosak atau cacat semasa
		penerimaan hendaklah ditolak dan kontraktor diminta 
		mengganti dengan bekalan baru tanpa apa-apa tambahan kos.
		Penolakan ini hendaklah dibuat serta-merta dan secara 
		bertulis dan disalinkan kepada Perbendaharaan Malaysia 
		Sarawak.
13.	KAWALAN KUALITI
	13.1	Jika ada apa-apa keraguan tentang kualiti barang disebabkan
		kerosakan pembungkusan, Jabatan pemesan hendaklah meminta 
		kontraktor menggantikan barang yang diragui kualitinya 
		dengan bekalan baru tanpa apa-apa kos tambahan.  
		Penolakan hendaklah dibuat secara bertulis dengan salinan 
		kepada Pegawai Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan 
		Malaysia Sarawak pada hari penolakan itu dibuat.  
		Kontraktor mestilah menggantikan barang-barang tersebut
		dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh pemberitahuan 
		dikeluarkan.
14.	TEMPOH AKHIR PENGADUAN
	14.1 	Jabatan pengguna hendaklah mengemukakan apa-apa aduan 
		mengenai kontrak ini dengan serta-merta dan tidak lewat 
		daripada tiga (3) bulan selepas tarikh tamat kontrak.  
		Perbendaharaan Malaysia Sarawak tidak akan bertanggungjawab
		atas apa-apa masalah yang berbangkit akibat dari kegagalan 
		Jabatan mematuhi arahan ini.
15.	PEMBAYARAN BIL
	15.1	Pembayaran terhadap bil-bil yang dikemukakan oleh 
		kontraktor hendaklah dibuat mengikut tatacara yang 
		ditetapkan oleh Akauntan Negara Malaysia.
	15.2	Pembayaran hendaklah dibuat terus kepada kontraktor.
	15.3	Bagi pesanan yang telah disempurnakan oleh kontraktor 
		dengan memuaskan, bil mengenainya hendaklah dijelaskan 
		dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh bil itu 
		diterima.
	15.4	Walau apapun peraturan atau tatacara penerimaan 
		barang-barang yang diamalkan oleh sesuatu Jabatan,
		pengesahan penerimaan barang-barang mestilah dibuat
		dengan segera pada hari bekalan disempurnakan untuk 
		membolehkan kontraktor mengemukakan bil pembayaran dengan 
		seberapa segera. Jabatan tidak perlu menunggu laporan 
		ujian Jabatan Penguji untuk membuat bayaran.
16.	PENGGUNAAN KONTRAK
	16.1	Semua Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun dan 
		Agensi-Agensi yang berkenaan di bawah kelolaan 
		masing-masing hendaklah menggunakan kontrak ini sahaja 
		dan tidak dibenarkan membeli dari punca lain tanpa 
		kebenaran Pegawai Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan 
		Malaysia Sarawak.
	16.2	Penentuan dalam kontrak ini adalah penentuan gunasama 
		pelbagai Jabatan.  Sekiranya penentuan itu tidak sesuai 
		dengan keperluan Jabatan Pengguna, sila kemukakan penentuan
		yang diperlukan, dengan menyatakan perbezaan dari penentuan
		kontrak ini serta justifikasi mengapa perbezaan itu perlu.
	16.3	Perbendaharaan Malaysia Sarawak seterusnya akan 
		menimbangkan pengecualian daripada menggunakan Kontrak 
		Pusat dan perolehan melalui aturcara lain.
17.	HAL-HAL LAIN
	17.1	Jika terdapat sebarang kemusykilan mengenai kontrak ini, 
		Jabatan Pengguna dinasihatkan menghubungi Perbendaharaan 
		Malaysia Sarawak seperti di alamat di atas atau melalui 
		telefon no. 082-421333 kepada Encik Mohd.Saiful Sungkih 
		bin Abdullah - sambungan 243.
		

 

Sekian, terima kasih.
"Sentiasa Mesra, Teliti dan Cepat"

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Saya yang menurut perintah,
	t.t.
(HAJI MOHD. ARIFF BIN HAJI YUSOF)
Pegawai Kewangan Persekutuan,
Perbendaharaan Malaysia,
Sarawak.

 

 

 

 

 

					
								LAMPIRAN 'A'
HARGA KONTRAK KERAJAAN BAGI SATU BIJI TELOR AYAM
UNTUK SEMUA JABATAN PERSEKUTUAN
(TERMASUK SEKOLAH KATEGORI 'A' & 'B') DAN
BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN DI SARAWAK 
BAGI KAWASAN KUCHING DAN SAMARAHAN
BAGI TAHUN 2002-2003
Bil Nama/Alamat Kontraktor Dan No. Kontrak No. Telefon/Fax/
No. Akaun Bank
Kawasan Harga Kontrak (Sebiji Telor)
Mengikut Gred (RM)
  Gred
'A'
Gred
'B'
Gred
'C'

1.

Power Ranch Sdn. Bhd
No. 199, Cinmunk
Commercial Centre
Kota Sentosa
93250 KUCHING

PMS/124/KONT/2001-36

Tel : 082-616288

Fax : 082-612098

No. Akaun : 0411040000001836

Affin Bank Bhd.
Jalan Satok
Peti Surat 3291
93400 Kuching


Angkatan Tentera
Malaysia (ATM)
Kuching/
Padawan
  0.25 0.24 0.23
Serian/Kota Samarahan/Bau/
Lundu
Semua Jabatan Termasuk Sekolah Kat. 'A' & 'B' 0.26 0.25 0.24
Simunjan Semua Jabatan Termasuk Sekolah Kat. 'A' & 'B' 0.27 0.26 0.25

 

 

								LAMPIRAN'B'

GRED, SPESIFIKASI TELOR AYAM
DAN SYARAT PEMBUNGKUSAN
1.	GRED TELOR
GRED 'A' GRED 'B' GRED 'C'
Panjang : 6.4 cm
Ukurlilit : 14.8 cm
Berat : 72 gm
Panjang : 6.3 cm
Ukurlilit : 13.6 cm
Berat : 63 gm
Panjang : 6 cm
Ukurlilit : 13.8 cm
Berat : 60 gm
	
2.	SPESIFIKASI TELOR
	Telor-telor hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut :-

	2.1	Luar Telor :
		Bersih, tidak pecah / retak dan biasa (normal)
	2.2	Dalam Telor:
		(a)	Bebas daripada kesan-kesan darah, garis-garis dan 
			"watery-white".
		(b)	Ruang udara hendaklah tidak melebihi 0.3 cm dalam 
			(depth) daripada hujung bahagian telor yang besar.
		(c)	"Ujian Candling" menunjukkan merah telor yang 
			samar-samar(fainthly visible) atau lutcahaya 
			(translucent).
3.	PEMBUNGKUSAN
	3.1	Telor hendaklah disusun di dalam "Papermache" dengan 
		bahagian besar telor menghala ke atas.  "Papermache" 
		itu hendaklah bersih, baru dan kering dan tidak memberi 
		apa-apa kesan dan bau kepada telor itu.
	3.2	Telor yang retak atau pecah hendaklah diganti tanpa 
		sebarang bayaran pada hari penghantaran itu juga.  
		Telor yang kemudiannya didapati tidak baik atau 
		tembelang/busuk dalam tempoh empat (4) hari hendaklah 
		ditukar tanpa sebarang bayaran.


Kembali ke Senarai Surat Pekeliling Kontrak Pusat PMS