PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK,
TINGKAT 16, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR,
JALAN SIMPANG TIGA,
93592 KUCHING.
_____________________________________________________________________________
Semua Ketua Jabatan Persekutuan, Ruj. Kami:PKP(S)124-1/3/1(26)
Sarawak. Tarikh :13 Januari 2001
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan,
Sarawak.
Tuan,
SURAT PEKELILING KONTRAK
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK
BILANGAN 2 TAHUN 2001
Kontrak Pusat Bagi Membuat, Membekal Dan Menghantar
Biskut Kepada Semua Jabatan Persekutuan (Termasuk Sekolah
Kategori 'A', 'B' dan 'C') Dan Badan Berkanun Persekutuan
Di Sarawak Bagi Tahun 2001 Hingga 2002
1. PERIHAL
Adalah dimaklumkan bahawa Perbendaharaan Malaysia Sarawak
telah bersetuju mengadakan Kontrak Pusat bagi Membuat,
Membekal dan Menghantar Biskut Kepada semua Jabatan
Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan di Sarawak bagi
Tahun 2001 hingga 2002 (Termasuk Sekolah Kategori 'A',
'B' dan 'C').
2. NOMBOR DAN NAMA KONTRAK
2.1 Nombor Kontrak : PKP/124/TP/2000-41
Nama Kontrak : Membuat, Membekal dan
Limbang/Lawas
2.2 Nombor Kontrak : PKP/124/TP/8-2/92
Nama Kontrak : Membuat, Membekal dan
Menghantar Biskut
3. BUTIR-BUTIR KONTRAKTOR
NAMA DAN ALAMAT KONTRAKTOR : LASME ENTERPRISE SDN. BHD.
Lot 798 Blok 7
Taman Perindustrian
Demak Laut, Jalan Bako
93050 Kuching
NO. TELEFON : 082-439096 / 439063
NAMA DAN ALAMAT BANK : Maybank Berhad
Level 1, Wisma Satok
Jalan Satok
93400 Kuching
NO. AKAUN BANK : 800333
4. TEMPOH KONTRAK
4.1 Tempoh Kontrak berkuatkuasa mulai tarikh surat ini
sehingga 30 November 2002.
5. HARGA
5.1 Harga di bawah kontrak ini adalah harga bersih bagi
"Cream Cracker" (3.5kg) dan "Chocolate Cream" (5.5kg)
termasuk semua cukai serta kos pembungkusan dan
ke tempat yang berkaitan.
5.2 Pembungkusan yang menggunakan 'tin' akan ditambah kos
harga iaitu RM 3.50 satu 'tin'.
5.3 Penetapan harga bagi semua barang-barang yang
berkaitan ditentukan mengikut Bahagiah/Kawasan. Harga
dan Bahagian/Kawasan untuk bekalan adalah seperti di
Lampiran 'A'.
6. PENENTUAN
6.1 Pejabat ini akan sentiasa mengawasi tentang mutu
bekalan supaya menepati penentuan-penentuan yang telah
ditetapkan seperti di Lampiran 'B'.
7. TEMPOH PENYERAHAN
7.1 Tempoh penyerahan ialah tiga (3) minggu dari tarikh
pesanan rasmi dikeluarkan.
7.2 Jabatan-Jabatan Kerajaan adalah dibenarkan untuk
membuat pindaan kepada tempoh penyerahan ini kepada
suatu tempoh yang lain tertakluk kepada syarat-syarat
berikut:-
7.2.1 Persetujuan pindaan ini dibuat secara bertu-
lis oleh Pegawai Kewangan Persekutuan atau
wakilnya dengan kontraktor.
7.2.2 Pindaan tersebut dimaklumkan kepada Pejabat
Perbendaharaan Malaysia Sarawak sebelum
barang-barang tersebut diserahkan.
7.2.3 Jabatan berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap pesanan yang dibuat di bawah perun-
tukan ini.
7.3 Barang-barang yang diserahkan oleh Kontraktor pada masa
dan tarikh yang ditetapkan di dalam Borang Pesanan
tidak boleh ditolak tanpa arahan secara bertulis
daripada pegawai yang membuat pesanan. Jika penolakan
dibuat secara 'ad hoc' tanpa memberitahu terlebih
dahulu kepada kontraktor, tindakan boleh diambil terha-
dap pegawai berkenaan termasuk menanggung segala
tuntutan gantirugi oleh kontraktor berhubung dengan
perkara ini. Sebarang penangguhan atau pindaan kepada
tarikh penyerahan hendaklah dibuat secara bertulis dan
sesalinan notis tersebut dihantar kepada Pejabat
Kewangan Persekutuan dan Unit yang membuat bayaran di
Jabatan-Jabatan berkenaan.
7.4 Sekiranya Jabatan pemesan telah mematuhi 9.1 dan 10.4
dan kontraktor gagal membuat bekalan dalam tempoh
penyerahan kecuali bagi keperluan segera sahaja,
Jabatan-Jabatan Kerajaan boleh membeli dari punca-punca
lain. Perkara pembelian tersebut hendaklah dilaporkan
dengan serta-merta ke Pejabat Kewangan Persekutuan,
Sarawak dengan menyertakan sekali salinan Pesanan
Tempatan dan inbois/bil yang terlibat.
7.5 Sebarang pesanan yang tidak dilaksanakan oleh kontrak-
tor mengikut tempoh penyerahan dan pembelian dari
punca-punca lain telah dibuat, Jabatan pemesan hendak-
lah melaporkan dengan segera kepada Pejabat Kewangan
Persekutuan, Sarawak dengan menyatakan nombor kontrak,
nombor pesanan tempatan, tarikh, kuantiti dan nilai
pesanan berkenaan. Sekiranya. pesanan tersebut telah
diterima sila juga nyatakan tarikh penerimaannya.
8. PESANAN MINIMA
8.1 Pesanan minima bagi tiap-tiap satu pesanan untuk satu
destinasi tidak dihadkan. Bagaimanapun, pesanan hen-
daklah tidak terlalu sedikit yang boleh mendatangkan
masalah dan merugikan kontraktor.
9. ANGGARAN KEPERLUAN
9.1 Semua Jabatan pemesan dikehendaki menghantar jadual
anggaran serta jangkamasa keperluan bagi tahun
berkenaan kepada kontraktor dengan segera untuk
memudahkan/membolehkan kontraktor membuat perancangan
pembekalan sebagaimana yang dikehendaki. Satu salinan
jadual berkenaan hendaklah dipanjangkan kepada Pejabat
Kewangan Persekutuan Sarawak.
9.2 Sekiranya Jabatan pemesan tidak mematuhi arahan pada
9.1 dan 10.4 kontraktor berkenaan tidak boleh dipersa-
lahkan jika berlaku lewat bekalan kelak.
10. PESANAN
10.1 Semua pesanan hendaklah dibuat terus kepada kontraktor
dengan mencatatkan nombor kontrak, jenis barang dan
kuantiti keperluan. Pesanan terakhir oleh Jabatan
mestilah dibuat tidak lewat dari dua (2) minggu sebelum
tarikh tamat kontrak.
10.2 Keperluan yang terlalu banyak janganlah diminta melalui
satu pesanan sahaja tetapi hendaklah dipecah-pecahkan
kepada beberapa pesanan. Pesanan itu pula hendaklah
dijarakkan tempohnya mengikut jangkamasa yang munasa-
bah. Ini akan memudahkan kontraktor membuat bekalan
dan seterusnya memudahkan Jabatan pemesan membuat
bayaran bagi pesanan-pesanan berkenaan.
10.3 Bagi pihak pemesan di kawasan pendalaman, sekiranya
keperluan pesanan kecil, adalah dinasihatkan supaya
membuat satu pesanan untuk keperluan bagi tempoh
tiga/empat bulan sekali supaya jumlah bekalan itu
memadai dan senang untuk dilaksanakan oleh kontraktor.
10.4 Jabatan pemesan adalah dikehendaki memberi alamat yang
lengkap serta nama pegawai dan nombor telefon masing-
masing kepada kontraktor supaya pembekalan dapat diia-
lankan dengan licin dan tepat pada tempat yang dikehen-
daki.
11. PEMBUNGKUSAN
11.1 Semua barang yang dipesan akan dibungkus dengan
sempurna bagi melindungi daripada sebarang kerosakan
atau kehilangan. Apa-apa kerosakan atau kehilangan
yang disebabkan oleh pembungkusan yang tidak sempurna,
kontraktor hendaklah diminta mengganti dengan bekalan
baru dalam tempoh empat belas (14) hari tanpa apa-apa
tambahan kos.
12. PEMERIKSAAN
12.1 Jabatan pemesan hendaklah memeriksa bekalan yang dite-
rima untuk mempastikan bahawa ienis dan jumlah barang
yang dibekalkan itu adalah sama seperti yang dipesan.
jika didapati berkurangan, kontraktor hendaklah diminta
segera mengganti jumlah yang kurang itu tanpa apa-apa
tambahan kos.
12.2 Semua barang-barang yang dibekalkan mestilah berada di
dalam keadaan baik dan memuaskan. Barang-barang yang
didapati rosak atau cacat semasa penerimaanya hendaklah
ditolak dan kontraktor diminta mengganti dengan bekalan
baru tanpa apa-apa tambahan kos. Penolakan ini hendak-
lah dibuat serta-merta dan secara bertulis dan disalin-
kan kepada Pejabat Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
13. KAWALAN KUALITI
13.1 Jika ada apa-apa keraguan tentang kualiti barang-barang
Jabatan pemesan hendaklah mengemukakan contoh barang-
barang itu sebanyak dengan mencatatkan jenis barang
dan nombor rujukan, kepada Perbendaharaan Malaysia
Sarawak untuk diuji dan mempastikan bahawa barang-
barang tersebut mengikut penentuan kontrak.
Barang-barang yang hendak dikemukakan untuk ujian
mestilah dihantar dalam tempoh tujuh (7) hari dari
tarikh penerimaannya/pembekalannya.
ATAU
13.2 Jika ada apa-apa keraguan tentang kualiti barang-barang
disebabkan kerosakan pembungkusan, Jabatan pemesan
hendaklah meminta kontraktor menggantikan barang-barang
yang diragui kualitinya dengan bekalan baru tanpa apa-
apa kos tambahan. Penolakan hendaklah dibuat secara
bertulis dengan salinan kepada Pegawai Kewangan Perse-
kutuan Sarawak. Kontraktor mestilah menggantikan
barang-barang tersebut dalam tempoh dua (2) minggu dari
tarikh pemberitahuan dikeluarkan.
13.3 Jika ada keraguan untuk menerima barang-barang berke-
naan berdasarkan kepada laporan ujian, Jabatan pengguna
hendaklah merujukkan perkara tersebut kepada Pegawai
Kewangan Persekutuan Sarawak.
13.4 Penolakan bekalan hendaklah dibuat secara bertulis
pada hari penolakan itu dibuat. Penolakan bekalan
berdasarkan kepada kualiti tidak boleh dibuat tanpa
pengujian terhadap barang-barang bekalan terlebih
dahulu oleh Jabatan/Badan Pengujian yang telah
ditetapkan di dalam Pekeliling ini. Laporan ujian dari
Jabatan/Badan Penguji lain selain dari yang telah
ditetapkan itu tidaklah boleh diterima.
14. TEMPOH AKHIR PENGADUAN
14.1 Jabatan pengguna hendaklah mengemukakan apa-apa aduan
mengenai kontrak ini dengan serta-merta dan tidak lewat
daripada tiga (3) bulan selepas tarikh tamat kontrak.
Pejabat Kewangan Persekutuan Sarawak tidak akan
bertanggungjawab atas apa-apa masalah yang berbangkit
akibat dari kegagalan Jabatan mematuhi arahan ini.
15. PEMBAYARAN BIL
15.1 Pembayaran terhadap bil-bil yang dikemukakan oleh
kontraktor hendaklah dibuat mengikut tatacara yang
ditetapkan oleh Akauntan Negara Malaysia.
15.2 Pembayaran hendaklah dibuat terus kepada kontraktor.
15.3 Baqi pesanannya yang telah disempurnakan oleh
kontraktor dengan memuaskan, bil mengenai dengannya
hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga puluh (30 hari)
dari tarikh bil itu diterima.
15.4 Walau apapun peraturan atau tatacara penerimaan barang-
barang yang diamalkan oleh sesuatu Jabatan, pengesahan
penerimaan barang-barang mestilah dibuat dengan segera
pada hari bekalan disempurnakan untuk membolehkan
kontraktor mengemukakan bil pembayaran dengan seberapa
segera. Jabatan tidak perlu menunggu laporan ujian
Jabatan penguji untuk membuat bayaran.
16. PENGGUNAAN KONTRAK
16.1 Semua Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun dan
Agensi-Agensi yang berkenaan di bawah kelolaan masing-
masing hendaklah menggunakan kontrak ini sahaja dan
tidak dibenarkan membeli dari punca lain tanpa kebena-
ran Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak.
16.2 Penentuan dalam kontrak ini adalah penentuan gunasama
pelbagai Jabatan. Sekiranya penentuan itu tidak sesuai
dengan keperluan Jabatan pengguna, sila kemukakan
penentuan yang diperlukan, dengan menyatakan perbezaan
dari penentuan kontrak ini serta justifikasi mengapa
perbezaan itu perlu.
16.3 Perbendaharaan Malaysia Sarawak seterusnya akan
menimbangkan pengecualian daripada menggunakan Kontrak
Pusat dan perolehan melalui aturcara lain.
17. HAL-HAL LAIN
17.1 Jika terdapat sebarang kemusykilan mengenai kontrak
ini , Jabatan pengguna adalah dinasihatkan menghubungi
Perbendaharaan Malaysia Sarawak seperti di alamat
di atas dengan menghubungi pegawai berikut :-
i) Encik Mohd. Saiful Sungkih bin Abdullah.
Tel : 082-421333 sambungan 243
Sekian, terima kasih.
"Amanah, Cekap dan Berkesan"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
t.t.
(HAJI MOHD. ARIFF BIN HAJI YUSOF)
Pegawai Kewangan Persekutuan
Perbendaharaan Malaysia
Sarawak.
Kembali
ke Senarai Surat Pekeliling Kontrak Pusat PMS