![]() |
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK, TINGKAT 16, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR, JALAN SIMPANG TIGA, 93592 KUCHING. |
____________________________________________________________________________________________
Ruj. Kami: PKP(S)214 SK.1-2 Jld.8(52) Tarikh: 14 Februari 2001
Sila Lihat Di Lampiran.
Tuan,
SURAT PEKELILING KONTRAK PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK BILANGAN 3 TAHUN 2001
Kontrak Pusat Bagi Pembekalan Dan Penghantaran Ikan Basah Kepada 31 Buah Sekolah Menengah/Kolej Di Negeri Sarawak Bagi Tahun 2001
1. PERIHAL
1.1 Perbendaharaan Malaysia Sarawak telah mewujudkan Kontrak Pusat bagi Pembekalan Dan Penghantaran Ikan Basah Kepada 31 Buah Sekolah Menengah/Kolej Di Negeri Sarawak Bagi Tahun 2001.
2. NOMBOR DAN NAMA KONTRAK
2.1 Nombor Kontrak : PMS/124/KONT/2000-45
Nama Kontrak : Pembekalan dan Penghantaran Ikan Basah
3. BUTIR-BUTIR KONTRAKTOR
3.1 Nama dan Alamat : Persatuan Nelayan Negeri Sarawak(PENESA) Kontraktor Lot 418, Tingkat 1, Section 66, Jalan Bintawa, Peti Surat 3137, 93450 Kuching Tel : 082-483629 Fax : 082-339504
Alamat Bank : Maybank, Jalan Satok, Kuching.
No. Akaun : 011113202249
4. TEMPOH KONTRAK
4.1 Tempoh kontrak ialah selama satu (1) tahun berkuatkuasa mulai 1 Januari 2001 sehingga 31 Disember 2001.
5. HARGA
5.1 Harga di bawah kontrak ini adalah harga bersih bagi satu
unit Ikan termasuk semua cukai serta kos pembungkusan dan
penghantaran ke tempat-tempat yang berkaitan.
... Harga kontrak seperti di Lampiran 'A'.
6. PENENTUAN
6.1 Pejabat ini akan sentiasa mengawasi tentang mutu bekalan supaya menepati penentuan-penentuan yang telah ditetapkan ... seperti di Lampiran 'B' .
7. TEMPOH PENYERAHAN
7.1 Tempoh penyerahan ialah 48 jam dari tarikh
pesanan rasmi dikeluarkan.
7.2 Jabatan Pengguna dibenarkan membuat pindaan kepada suatu tempoh yang lain tertakluk kepada syarat berikut:-
7.2.1 Persetujuan pindaan ini dibuat secara
bertulis oleh Pegawai Kewangan Persekutuan
atau wakilnya dengan kontraktor.
7.2.2 Pindaan tersebut dimaklumkan kepada Perbendaharaan Malaysia Sarawak sebelum barang tersebut diserahkan.
7.2.3 Jabatan berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap pesanan yang dibuat di bawah
peruntukan ini.
7.3 Barang-barang yang diserahkan oleh Kontraktor pada masa
dan tarikh yang ditetapkan di dalam Borang Pesanan
tidak boleh ditolak tanpa arahan secara bertulis
daripada pegawai yang membuat pesanan. Jika penolakan
dibuat secara 'ad hoc' tanpa memberitahu terlebih
dahulu kepada kontraktor, tindakan boleh diambil
terhadap pegawai , berkenaan termasuk menanggung segala
tuntutan gantirugi oleh kontraktor berhubung dengan
perkara ini. Sebarang penangguhan atau pindaan kepada
tarikh penyerahan hendaklah dibuat secara bertulis dan
sesalinan notis tersebut dihantar kepada Perbendaharaan
Malaysia Sarawak dan Unit yang membuat bayaran di
Jabatan-Jabatan berkenaan.
7.4 Sekiranya Jabatan pemesan telah mematuhi 9.1 dan 10.4
dan kontraktor gagal membuat bekalan dalam tempoh
penyerahan kecuali bagi keperluan segera sahaja,
Jabatan-jabatan Kerajaan boleh membeli dari punca lain.
Perkara pembelian tersebut hendaklah dilaporkan
dengan serta-merta ke Perbendaharaan Malaysia Sarawak,
Sarawak dengan menyertakan sekali salinan Pesanan
Tempatan dan inbois/bil yang terlibat.
7.5 Sebarang pesanan yang tidak dilaksanakan oleh
kontraktor mengikut tempoh penyerahan dan pembelian
dari punca lain telah dibuat, Jabatan pemesan
hendaklah melaporkan dengan segera kepada Perbendaharaan
Malaysia Sarawak dengan menyatakan nombor kontrak,
nombor pesanan tempatan, tarikh, kuantiti dan
nilai pesanan berkenaan. Sekiranya pesanan tersebut
telah diterima sila juga nyatakan tarikh penerimaannya.
8. PESANAN MINIMA
8.1 Pesanan minima bagi tiap-tiap satu pesanan untuk satu
destinasi tidak dihadkan. Walau bagaimanapun,pesanan
hendaklah tidak terlalu sedikit yang boleh
mendatangkan masalah dan merugikan kontraktor.
9. ANGGARAN KEPERLUAN
9.1 Semua Jabatan pemesan dikehendaki menghantar jadual
anggaran serta jangkamasa keperluan bagi tahun
berkenaan kepada kontraktor dengan segera untuk
memudahkan/membolehkan kontraktor membuat perancangan
pembekalan sebagaimana yang dikehendaki. Satu salinan
jadual berkenaan hendaklah dipanjangkan kepada
Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
9.2 Sekiranya Jabatan pemesan tidak mematuhi arahan pada
9.1 dan 10.4 kontraktor berkenaan tidak boleh
dipersalahkan jika berlaku lewat bekalan kelak.
10. PESANAN
10.1 Semua pesanan hendaklah dibuat terus kepada kontraktor dengan mencatatkan nombor kontrak, jenis barang dan kuantiti keperluan. Pesanan terakhir oleh Jabatan mestilah dibuat tidak lewat dari dua (2) minggu sebelum tarikh tamat kontrak.
10.2 Keperluan yang terlalu banyak janganlah diminta melalui satu pesanan sahaja tetapi hendaklah dipecah-pecahkan kepada beberapa pesanan. Pesanan itu pula hendaklah dijarakkan tempohnya mengikut jangkamasa yang munasabah. Ini akan memudahkan kontraktor membuat bekalan dan seterusnya memudahkan Jabatan pemesan membuat bayaran bagi pesanan-pesanan berkenaan.
10.3 Bagi pihak pemesan di kawasan pendalaman, sekiranya
keperluan pesanan kecil, adalah dinasihatkan supaya
membuat satu pesanan untuk keperluan bagi
tempoh yang munasabah supaya jumlah bekalan itu
memadai dan senang untuk dilaksanakan oleh kontraktor.
10.4 Jabatan pemesan adalah dikehendaki memberi alamat yang lengkap serta nama pegawai dan nombor telefon masing-masing kepada kontraktor supaya pembekalan dapat dijalankan dengan licin dan tepat pada tempat yang dikehendaki.
10.5 Pesanan untuk barang hendaklah dikeluarkan dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam kepada kontraktor sebelum pembekalan dibuat selaras dengan tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan di dalam Pesanan Rasmi.
11. PEMBUNGKUSAN
11.1 Semua barang yang dipesan akan dibungkus dengan
sempurna bagi melindungi daripada sebarang kerosakan
atau kehilangan. Apa-apa kerosakan atau kehilangan
yang disebabkan oleh pembungkusan yang tidak sempurna,
kontraktor hendaklah diminta mengganti dengan bekalan
baru dalam tanpa apa-apa tambahan kos.
12. PEMERIKSAAN
12.1 Jabatan pemesan hendaklah memeriksa bekalan yang
diterima untuk mempastikan bahawa jenis dan jumlah
barang yang dibekalkan itu adalah sama seperti yang
dipesan. Jika didapati kekurangan, kontraktor
hendaklah diminta segera mengganti jumlah yang
kurang itu tanpa apa-apa tambahan kos.
12.2 Semua item barang yang dibekalkan mestilah berada di dalam keadaan baik dan memuaskan. Barang-barang yang didapati rosak atau cacat semasa penerimaanya hendaklah ditolak dan kontraktor diminta mengganti dengan bekalan baru tanpa apa-apa tambahan kos. Penolakan ini hendaklah dibuat serta-merta dan secara bertulis dan disalinkan kepada Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
13. KAWALAN KUALITI
13.1 Jika ada apa-apa keraguan tentang kualiti barang- barang disebabkan kerosakan pembungkusan, Jabatan pemesan hendaklah meminta kontraktor menggantikan barang-barang yang diragui kualitinya dengan bekalan baru tanpa apa-apa kos tambahan. Penolakan hendaklah dibuat secara bertulis dengan salinan kepada Pegawai Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan Malaysia Sarawak pada hari penolakan itu dibuat.
14. TEMPOH AKHIR PENGADUAN
14.1 Jabatan pengguna hendaklah mengemukakan apa-apa aduan
mengenai kontrak ini dengan serta-merta dan tidak lewat
daripada tiga (3) bulan selepas tarikh tamat kontrak.
Perbendaharaan Malaysia Sarawak tidak akan
bertanggungjawab atas apa-apa masalah yang berbangkit
akibat dari kegagalan Jabatan mematuhi arahan ini.
15. PEMBAYARAN BIL
15.1 Pembayaran terhadap bil-bil yang dikemukakan oleh
kontraktor hendaklah dibuat mengikut tatacara yang
ditetapkan oleh Akauntan Negara Malaysia.
15.2 Pembayaran hendaklah dibuat terus kepada kontraktor.
15.3 Bagi pesanannya yang telah disempurnakan oleh
kontraktor dengan memuaskan, bil mengenainya
hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga puluh
(30) hari dari tarikh bil itu diterima.
15.4 Walau apapun peraturan atau tatacara penerimaan barang-
barang yang diamalkan oleh sesuatu Jabatan, pengesahan
penerimaan barang-barang mestilah dibuat dengan segera
pada hari bekalan disempurnakan untuk membolehkan
kontraktor mengemukakan bil pembayaran dengan seberapa
segera. Jabatan tidak perlu menunggu laporan ujian
Jabatan penguji untuk membuat bayaran.
16. PENGGUNAAN KONTRAK
16.1 Kesemua 31 buah Sekolah/Kolej berkenaan hendaklah menggunakan kontrak ini sahaja dan tidak dibenarkan membeli dari punca lain tanpa kebenaran Pegawai Kewangan Persekutuan,Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
16.2 Penentuan dalam kontrak ini adalah penentuan gunasama
bagi 31 buah sekolah/kolej berkenaan. Sekiranya penentuan
itu tidak sesuai dengan keperluan 31 buah sekolah/kolej
berkenaan, sila kemukakan penentuan yang diperlukan,
dengan menyatakan perbezaan dari penentuan kontrak ini
serta justifikasi mengapa perbezaan itu perlu.
16.3 Perbendaharaan Malaysia Sarawak seterusnya akan
menimbangkan pengecualian daripada menggunakan
Kontrak Pusat dan perolehan melalui aturcara lain.
17. HAL-HAL LAIN
17.2 Jika terdapat sebarang kemusykilan mengenai kontrak
ini , Jabatan Pengguna adalah dinasihatkan menghubungi
Perbendaharaan Malaysia Sarawak seperti di alamat
di atas atau melalui nombor telefon 082-421333
kepada Encik Mohd. Saiful Sungkih bin Abdullah -
sambungan 243
Sekian, terima kasih.
"Sentiasa Mesra, Teliti dan Cepat"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah, t.t.
(HAJI MOHD. ARIFF BIN HAJI YUSOF) Pegawai Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan Malaysia, Sarawak.