Fcrest
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK,			
TINGKAT 16, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR,
JALAN SIMPANG TIGA,
93592 KUCHING.
_____________________________________________________________________________                                                              
						Ruj. Kami : PKP(S) 124-1/9 JLD.3(44)
						Tarikh : 13 Mac 2001
	Semua Ketua Jabatan Persekutuan,			
	SARAWAK.
	Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan,
	SARAWAK.
                                                                       							
   	
	Tuan,
    	SURAT PEKELILING KONTRAK PERBENDAHARAAN
    	MALAYSIA SARAWAK, BILANGAN 5 TAHUN 2001
    	Kontrak Pusat Bagi Pembekalan dan Penghantaran Daging (Halal) Kepada
 	Jabatan-Jabatan Persekutuan (Termasuk Sekolah Kategori 'A' dan 'B' )
 	dan Badan Badan Berkanun Persekutuan Di Negeri Sarawak Bagi 
	Tahun 2001 Hingga 2003
   	 1 .    PERIHAL
           	Dimaklumkan bahawa Perbendaharaan Malaysia Sarawak telah
 		mewujudkan Kontrak Pusat bagi Pembekalan dan Penghantaran 
		Daging (Halal) Kepada Jabatan-Jabatan Persekutuan
          	(Termasuk Sekolah Kategori 'A' dan 'B') dan Badan Berkanun
 		Persekutuan Di Negeri Sarawak.
   	 2.     BUTIR-BUTIR KONTRAKTOR
           	Butir-butir mengenai kontraktor untuk kontrak berkenaan yang
 		seperti berikut :-   
BIL. NAMA/ALAMAT KONTRAK/NO. KONTRAK NO. TELEFON/FAX
NO. AKAUN BANK
KAWASAN

1.

Hasanal Marketing Company
Tingkat 2 , Sublot 1, Lot 44 & 45,
Bangunan Tuanku Muhammad Al - Idrus,
Jalan Kulas,
93400 Kuching.

No. Kontrak : PMS/124/KONT/2001 - 01

Tel : 082 - 418034
         236892
Fax : 082 - 259719

011038-810684
Malayan Banking Bhd.
204-206
Jln. Abell, Kuching

Bahagian Kuching
Bahagian Samarahan
Daerah Sri Aman
Daerah Lubok Antu

2.

Comerich Sdn. Bhd.
Lot 2592, Tingkat 1 & 2, Wisma Sandhu,
Jalan Green,
93400 Kuching.

No. Kontrak : PMS/124/KONT/2001-02

Tel : 082 - 256176
Fax : 082 - 419455

011-03842239-7
Malayan Banking Bhd.

Jln. Abell, Kuching

Daerah Saratok
Daerah Betong
Bahagian Sibu, Sarikei,
Kapit, Miri, Bintulu dan Limbang
   
 	 3.     TEMPOH KONTRAK
           	3.1.    Tempoh kontrak ialah selama satu (1) tahun yang
 			berkuatkuasa mulai 1 Februari 2001 hingga 
			31 Januari 2003.
  	 4.      HARGA KONTRAK
           	4.1.    Harga di bawah kontrak ini adalah harga bersih bagi
 			satu (1) kilogram (Kg) Daging termasuk semua cukai
 			serta kos pembungkusan dan penghantaran ke
 			tempat-tempat yang berkaitan.
           	4.2.    Penetapan harga ditentukan menglkut Kawasan. Harga
 			dan Kawasan untuk bekalan adalah seperti di
 			Lampiran'A'.
  	 5.      PENENTUAN
          	 5.1.   Pejabat ini akan sentiasa mengawasi tentang mutu
 			bekalan supaya menepati penentuan spesifikasi yang 
			telah ditetapkan seperti di Lampiran 'B'.
  	 6.      TEMPOH PENYERAHAN
           	 6.1.   Tempoh penyerahan ialah tiga (3) minggu dari tarikh
 			pesanan rasmi dikeluarkan.
           	 6.2.   Jabatan-Jabatan Kerajaan adalah dibenarkan untuk
 			membuat pindaan kepada tempoh penyerahan ini kepada
 			suatu tempoh yang lain tertakluk kepada syarat-syarat
               		berikut:-
                    	6.2.1.  Persetujuan pindaan ini dibuat secara 
				bertulis oleh Pegawal Kewangan Persekutuan
 				atau wakilnya dengan kontraktor.
                    	6.2.2.  Pindaan tersebut dimaklumkan kepada 
				Perbendaharaan Malaysia Sarawak sebelum
 				barang-barang tersebut diserahkan.
                   	6.2.3.  Jabatan berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya
 				terhadap pesanan yang dibuat di bawah
				peruntukan ini.
          	6.3.    Barang-barang yang diserahkan oleh kontraktor pada 
			masa dan tarikh yang ditetapkan di dalam Borang
 			Pesanan tidak boleh ditolak tanpa arahan secara 
			bertulis daripada pegawai yang membuat pesanan.  
			Jika penolakan dibuat secara 'ad hoc' tanpa 
			memberitahu terlebih dahulu kepada kontraktor,
 			tindakan boleh diambil terhadap pegawai berkenaan
 			termasuk menanggung segala tuntutan gantirugi oleh
                	kontraktor berhubung dengan perkara ini.  Sebarang
 			penangguhan atau pindaan kepada tarikh penyerahan
 			hendaklah dibuat secara bertulis dan sesalinan notis
               		tersebut dihantar kepada Perbendaharaan Malaysia
 			Sarawak dan Unit yang membuat bayaran di
			Jabatan-Jabatan berkenaan.
                6.4.    Sekiranya Jabatan pemesan telah mematuhi 8.1. dan
 			9.4. dan kontraktor gagal membuat bekalan dalam 
			tempoh penyerahan kecuali bagi keperluan segera
 			sahaja, Jabatan-Jabatan Kerajaan boleh membeli dari
 			punca-punca lain.  Perkara pembelian tersebut 
			hendaklah dilaporkan dengan serta-merta ke
 			Perbendaharaan Malaysia Sarawak dengan menyertakan
 			sekali salinan Pesanan Tempatan dan inbois/bil yang
                 	terlibat.
               6.5.   	Sebarang pesanan yang tidak dilaksanakan oleh
 			kontraktor mengikut tempoh penyerahan dan pembelian
 			dari punca-punca lain telah dibuat, Jabatan pemesan
                  	hendaklah melaporkan dengan segera kepada 
			Perbendaharaan Malaysia Sarawak dengan menyatakan
 			nombor kontrak, nombor pesanan tempatan, tarikh, 
			kuantiti dan nilai pesanan berkenaan.  Sekiranya
 			pesanan tersebut telah diterima sila juga nyatakan
                 	tarikh penerimaannya.
 	7.    PESANAN MINIMA
              7.1.    	Pesanan minima bagi tiap-tiap satu pesanan untuk satu
 			destinasi tidak dihadkan.Walau bagaimanapun pesanan
 			hendaklah tidak terlalu sedikit yang boleh
                  	mendatangkan masalah dan mcrugikan kontraktor.
  	8.   ANGGARAN KEPERLUAN
              8.1.      Semua Jabatan pemesan dikehendaki menghantar jadual
 			anggaran serta jangkamasa keperluan bagi tahun
 			berkenaan kepada kontraktor dengan segera untuk
                   	memudahkan/membolehkan kontraktor membuat perancangan
                        pembekalan sebagaimana yang dikehendaki.Satu salinan
 			jadual berkenaan hendaklah dipanjangkan kepada 
			Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
             8.2.       Sekiranya Jabatan pemesan tidak mematuhi arahan pada
 			9.1. dan 10.4. kontraktor berkenaan tidak boleh 
			dipersalahkan jika berlaku lewat bekalan kelak.
       9.   PESANAN
            9.1.     	Semua pesanan hendaklah dibuat terus kepada
			kontraktor yang dilantik mengikut kawasan
			masing-masing dengan mencatatkan nombor kontrak,
 			jenis barang dan kuantiti keperluan.  Pesanan
			terakhir oleh Jabatan mestilah dibuat tidak lewat
 			dari tiga (3) minggu sebelum tarikh tamat kontrak.
           9.2.     	Keperluan yang terialu banyak janganlah diminta
 			melalui satu pesanan sahaja tetapi hendaklah
			dipecah-pecahkan kepada beberapa pesanan.
			Pesanan-pesanan itu pula hendaklah dijarakkan
			tempohnya mengikut janpkamasa yang munasabah.  Ini
 			akan memudahkan kontraktor membuat bekalan dan
			seterusnya memudahkan Jabatan pemesan membuat 
			bayaran bagi pesanan-pesanan berkenaan.
          9.3.     	Bagi pihak pemesan di kawasan pendalaman, sekiranya
 			keperluan pesanan kecil, adalah dinasihatkan supaya
 			membuat satu pesanan untuk keperluan baai tempoh
                	tiga/empat bulan sekali supaya jumlah bekalan itu
 			memadai dan senang untuk dilaksanakan oleh
			kontraktor.
         9.4.     	Jabatan pemesan adalah dikehendaki memberi alamat
 			yang lengkap serta nama pegawai dan nombor telefon
 			masing-masing kepada kontraktor supaya pembekalan
                   	dapat dijalankan dengan licin dan tepat pada tempat
 			yang dikehendaki.
  	10.     PEMBUNGKUSAN
           	10.1.  	Semua barang yang dipesan akan dibungkus dengan
 			sempurna bagi melindungi daripada sebarang kerosakan
 			atau kehilangan.  Apa-apa kerosakan atau kehilangan
                    	yang disebabkan oleh pembungkusan yang tidak
			sempurna, kontraktor hendaklah diminta mengganti
 			dengan bekalan baru dalam tempoh empat belas (14)
 			hari tanpa apa-apa tambahan kos.
 	11.      PEMERIKSAAN
           	11.1.   Jabatan pemesan hendaklah memeriksa bekalan yang
 			diterima untuk mepastikan bahawa jenis dan jumlah
 			barang yang dibekalkan itu adalah sama seperti yang
                  	dipesan. Jika didapati kekurangan kontraktor 
			hendaklah diminta segera mengganti jumlah yang 
			kurang itu tanpa apa-apa tambahan kos.
          	11.2.   Semua barang-barang yang dibekalkan mestilah berada
 			di dalam keadaan baik.  Barang-barang yang didapati
 			rosak atau cacat semasa penerimaannya hendaklah
                   	ditolak dan kontraktor diminta mengganti dengan 
			bekalan baru tanpa apa-apa tambahan kos.  Penolakan
 			ini hendaklah dibuat serta-merta dan secara bertulis
 			dan disalinkan kepada Perbendaharaan Malaysia
			Sarawak.
   	12. 	KAWALAN KUALITI
           	12.1.   Jika ada apa-apa keraguan tentang kualiti 
			barang-barang disebabkan kerosakan pembungkusan, 
			Jabatan pemesan hendaklah meminta kontraktor menggantikan
                	barang-barang yang diragui kualitinya dengan bekalan baru
 			tanpa apa-apa kos tambahan.  Penolakan hendaklah 
			dibuat secara bertulis dengan salinan kepada Pegawai
			Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan Malaysia Sarawak
			pada hari penolakan itu dibuat.  Kontraktor mestilah
			menggantikan barang-barang tersebut dalam tempoh dua
 			(2) minggu dari tarikh pemberitahuan dikeluarkan.
   	13.  TEMPOH AKHIR PENGADUAN
        	13.1. 	Jabatan pengguna hendaklah mengemukakan apa-apa aduan 
			mengenai kontrak ini dengan serta-merta dan tidak lewat
 			daripada tiga (3) bulan selepas tarikh tamat kontrak.
	  		Perbendaharaan Malaysia Sarawak tidak akan bertanggungjawab
	 		atas apa-apa masalah yang berbangkit akibat dari 
			kegagalan Jabatan mematuhi arahan ini.
  	14.  PEMBAYARAN BIL
        	14.1.  	Pembayaran terhadap bil-bil yang dikemukakan oleh 
			kontraktor hendaklah dibuat mengikut tatacara yang 
			ditetapkan oleh Akauntan Negara Malaysia.
      		14.2.   Pembayaran hendaklah dibuat terus kepada kontraktor.
       		14.3.   Bagi pesanannya yang telah disempurnakan oleh kontraktor
	 		dengan memuaskan, bil mengenai dengannya hendaklah 
			dijelaskan dalam tempoh tiga puluh (30 hari) dari 
			tarikh bil itu diterima.
                  
      		14.4.   Walau apapun peraturan atau tatacara penerimaan barang-barang
 			yang diamalkan oleh sesuatu Jabatan, pengesahan penerimaan
	 		barang-barang mestilah dibuat dengan segera pada hari bekalan
	 		disempurnakan untuk membolehkan kontraktor mengemukakan bil
	 		pembayaran dengan seberapa segera.  Jabatan tidak perlu
             		menunggu laporan ujian Jabatan Penguji untuk membuat bayaran.
  	15. PENGGUNAAN KONTRAK
        	 15.1.  Semua Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun dan 
			Agensi-Agensi yang berkenaan di bawah kelolaan masing-masing
	 		hendaklah menggunakan kontrak ini sahaja dan tidak dibenarkan
	 		membeli dari punca lain tanpa kebenaran Pegawai
               		Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
        	 15.2.  Penentuan dalam kontrak ini adalah penentuan gunasama
 			pelbagai Jabatan. Sekiranya penentuan itu tidak sesuai dengan
	 		keperluan Jabatan pengguna, sila kemukakan penentuan yang
	 		diperlukan, dengan menyatakan perbezaan dari penentuan
 			kontrak ini serta justifikasi mengapa perbezaan itu perlu.
        	 15.3.  Perbendaharaan Malaysia Sarawak seter-usnya akan menimbangkan
 			pengecualian daripada menggunakan Kontrak Pusat dan perolehan
	 		melalui aturcara lain.
  	16.     LAIN-LAIN HAL
         	16.1.  	Jika terdapat sebarang kemusykilan mengenal kontrak ini,
	 		Jabatan pengguna adalah dinasihatkan menghubungi
 			pegawai-pegawai berikut melalui telefon nombor 082-421333
			kepada Encik Mohd. Saiful Sungkih bin Abdullah -
			sambungan 243.
                     	
  Sekian, terima kasih.
 
  "Sentiasa Mesra, Teliti dan Cepat"
  " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
  Saya yang menurut perintah,

	t.t.
  (HAJI MOHD. ARIFF BIN HAJI YUSOF)
  Pegawai Kewangan Persekutuan,
  Perbendaharaan Malaysia,
  Sarawak.

                                                           Lampiran 'A'
HARGA KONTRAK BAGI PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN DAGING LEMBU BEKU 
(HALAL) KEPADA JABATAN-JABATAN PERSEKUTUAN (TERMASUK SEKOLAH KATEGORI 
A & B) DAN BADAN-BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN DI NEGERI SARAWAK 
		    BAGI TAHUN 2001-2003
BIL KAWASAN KONTRAK HARGA KONTRAK (1 KG)

1.

Kuching

RM 8.80

2.

Bau, Lundu, Samarahan, Serian

RM 9.00

3.

Simunjan, Sri Aman, Lubuk Antu

RM 9.90

4.

Saratok, Betong

RM 10.00

5.

Sarikei

RM 10.20

6.

Sibu, Kanowit

RM 10.30

7.

Mukah, Dalat

RM 10..60

8.

Kapit, Song

RM 11.00

9.

Bintulu

RM 10.60

10.

Miri, Bakong, Subis

RM 10.60

11.

Baram, Marudi

RM 10.70

12.

Limbang, Lawas

RM 10.80

Semua pesanan hendaklah dibuat terus kepada ejen-ejen yang 
dilantik oleh pihak kontraktor mengikut kawasan masing-masing.

 

 

                                                           Lampiran 'B'
               SPECIFICATION FOR BEEF, FROZEN, BONELESS, 'HALAL'
                     (DAGING LEMBU BEKU TANPA TULANG, HALAL)

 

 1.     SCOPE
        This specification covers the requirements for the supply of Beef,
 	Frozen, Boneless,'Halal' to the Federal Departments (including
 	schools) and Federal Government Agencies in the State of Sarawak.
 2.     DEFINATION
         2.1    Beef, frozen, boneless 'halal' shall consist of frozen beef
 		obtained locally or imported and derived from dressed carcass
 		of cattle, the slaughtering of which shall be in accordance
 		with Muslim requirements.
 3 .    RELATED DOCUMENT
         3.1    Reference is made to the latest issue of the following 		document.
                  3.1.1 Food Regulations 1985.
                  3.1.2 Microbiological guidelines issued by the Department
 			of Veterinary Services, Malaysia.
 4.      REQUIREMENTS
         4.1    General
                4.1.1   The slaughter shall be supervised by an approved
 			veterinary authority at the locality state or country
 			of slaughter.
                4.1.2   Cattle shall be slaughtered in hygienically managed
 			approved slaughter houses or abattoirs.
                4.1.3   The beef shall be prepared, handled, frozen and
 			delivered under hygienic conditions.
                4.1.4   The beef shall be obtained wholly from cattle
 			slaughtered in accordance with Muslim requirements.
                4.1.5   The beef shall be prepared, packed, frozen, stored,
 			handled and delivered in accordance with Muslim
 			requirements.
                4.1.6   The beef shall comply to the microbiological level as
 			stipulated in the guidelines issued by the Department
 			of Veterinary Services, Malaysia.
	 4.2   	The Animal
          	Cattle for slaughter shall be well nourished, certified as
 		being healthy and free from infectious and contanious
 		diseases and fit for human consumption.
  	4.3     Freezing Process and Storaize
          	4.3.1  	The beef shall be pre-chilled before freezing and the
 			freezing shall be completed at -20 C or lower within
 			three (3) days.
          	4.3.2   The beef shall be stored at -18 C or lower.
          	4.3.3   The beef shall be frozen solid and shall show no
 			evidence of defrosting and refreezing, freezer bums
 			or other spoilage.
  	4.4     Delivery
          	The frozen beef shall be transported and delivered in a
 		refrigerated truck or any suitable container at a temperature
 		of minus 18 C.
  	4.5     Finished Product
          	4.5.1   The beef after thawing shall have a bright appearance
 			with respect to frozen beef, clean and wholesome and
 			shall have been neatly butchered and dressed.
          	4.5.2   The beef shall be at least 85% lean meat free from
 			bones and shall not include trimmings, bulk boneless
 			and brisket.
          	4.5.3   Only the following cuts are acceptable:
                 	4.5.3.1          Topside
                	4.5.3.2          Silverside
                	4.5.3.3          Rump
                 	4.5.3.4          Striploin
                 	4.5.3.5          Knuckle
                  	4.5.3.6          Chuck
                  	
  5.    INSPECTION AND TEST
        Beef that is frozen, boneless, deglanded and 'halal' shall be
	inspected for quality requirements as indicated below:
        5.1     Health Certification
               5.1.1 	The supplier shall provide documentary proof of the
 			Veterinary Health Certificate from the Veterinary
 			Authority of the country of origin.
        5.2    Halal Certification
               5.2.1 	The supplier shall provide documentary proof of the
 			Halal Certificate from an approved Muslim Society or
 			Organisation.
        5.3   Organoleptic Test
              5.3.1     The frozen beef shall be visually examined for
			containinants after thawing.  The number of sample
 			and the type of test will be determined by the
 			Inspection Officer.  Only beef that appears to be
 			cleaned and wholesome and with at least 65% lean meat
 			will be accepted.
              5.3.2 	Exposed beef due to rupture of both primary and
 			secondary packaging will be rejected and has to be
 			replaced.
        5.4   Additive
              5.4.1 	The beef shall be free from any preservative,
			colouring or foreign substance.

  6.	PACKAGING
     	 6.1    Primary Packaging
                The beef shall be wrapped in strong, plain and transparent
 		plastic sheets of a size sufficient to completely enclose the
 		contents.
       	6.2     Secondary Packaging
                The plastic-wrapped items shall then be packed in fibre board
 		box which shall be sufficiently robust to prevent damage to
 		its contents under normal conditions of transit.  The fibre
 		board box shall be fastened by tape of any other suitable
                fastener.  If the packaging is tom and the beef exposed the
 		beef shall be rejected.
 7.     MARKING
        7.1   	Primary Packaging
              	Each pack shall be clearly and indelibly marked with the
 		following information:
                         Type of cut		:
                         Production Date	:
                         Net Weight		:
                         Expiry Date		:
        7.2    	Secondary Packaging
              	Each fibre board box shall be clearly and indelibly marked
 		with the following information:
                         BEEF, FROZEN, BONELESS,'HALAL'
                         Net Weight		:
                         'Halal' Stamp		:
                         Type of Cut		:
	                 Country of Origin	:
                         Production Date	:
                         Batch No.		:
                         Name of Abattoir	:
                         Name of Boning Plant	:
                         Store at - 18 C	:	
                         Expire Date		:
  8.     QUALITY ASSURANCE PROVISIONS
         8.1    The acceptance of all supplies shall be subjected to the
 		approval of the Inspection Officer of the Ministry.  Any
 		supply which, in the opinion of the Inspection Officer, is
 		inferior in quality or differs in any respect from this
                Specification or other particulars shall be rejected.
         8.2    The Inspection Officer reserves the right to perfom any
 		examination or test deemed necessary to ensure that the
 		supplies conforms to this specification.
       	 8.3    The contractor shall perfom all examinations and tests
 		specified in this specification to substantiate that the
 		supplies conform to all the requirement before
		submitting them for inspection or tests to the Inspection
 		Officer of the Ministry.
        8.4     The Inspection Officer shall have free access to the
		contractor's premises to ensure that cattle for the supply
 		are being slaughtered, dressed, packed and stored in
		accordance with Muslim requirements.
        8.5     The contractor shall have a proper storage facilities to keep
 		the stocks of frozen beef to be supplied in clean hygienic
 		condition.


  Perbendaharaan Malaysia Sarawak,
  Unit Perolehan.

 

Kembali ke Senarai Surat Pekeliling Kontrak Pusat PMS