![]() |
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK, TINGKAT 16, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR, JALAN SIMPANG TIGA, 93592 KUCHING. |
______________________________________________________________________________
Ruj. Kami : PKP(S) 124-1/27(24) Tarikh : 02 Mei 2001
Semua Ketua Jabatan Persekutuan, SARAWAK.
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan, SARAWAK.
Tuan,
SURAT PEKELILING KONTRAK PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK BILANGAN 8 TAHUN 2001
Kontrak Pusat Bagi Membuat, Membekal Dan Menghantar Kordial Jus Asam Susur (Produk Roselle) Kepada Semua Jabatan Persekutuan (Termasuk Sekolah Kategori'A' & 'B') Dan Badan Berkanun Persekutuan di Sarawak Bagi Tahun 2001 Hingga Tahun 2003
1 . PERIHAL
Perbendaharaan Malaysia Sarawak telah bersetuju mengadakan kontrak pusat bagi membuat, membekal dan menghantar Kordial Jus Asam Susur (Produk Roselle) Kepada Semua Jabatan Persekutuan (Termasuk Sekolah Kategori 'A' & 'B') dan Badan Berkanun Persekutuan di Seluruh Negeri Sarawak bagi tahun 2001 hingga Tahun 2003.
2. NOMBOR DAN NAMA KONTRAK
2.1. Nombor Kontrak : PMS/124/KONT/2001-10
Nama Kontrak : Membuat, Membekal dan Menghantar
Kordial Jus Asam Susur
(Produk Roselle)
3 . BUTIR-BUTIR KONTRAKTOR
3.1. Nama dan Alamat : Gulf & Pacific Industries Sdn. Bhd.
Kontraktor Lot 1051, Blok 7
Demak Laut Industrial Park
Sejingkat,
93756 Kuching.
No. Telefon : 082 - 439484
No. Fax : 082 - 439485
Alamat Bank : Malayan Banking Berhad.
Ground Floor
Wisma Satok
93400 Kuching
No. Akaun : 011113-402482
4. TEMPOH KONTRAK
4.1. Tempoh kontrak ialah selama dua (2) tahun yang berkuatkuasa mulai 1 Jun 2001 hingga 31 Mei 2003.
5. HARGA
5.1. Harga di bawah kontrak ini adalah harga bersih termasuk semua cukai serta kos pembungkusan dan pengiriman/ penghantaran ke tempat-tempat yang berkaitan.
5.2 Penetapan harga bagi item kontrak seperti di Lampiran 'A'.
6. PENENTUAN
6.1. Penentuan dan Spesifikasi untuk produk bagi kontrak ini adalah seperti di Lampiran'B'. Pejabat ini akan sentiasa mengawasi tentang mutu bekalan supaya menepati penentuan- penentuan yang telah ditetapkan.
7. TEMPOH PENYERAHAN
7.1. Tempoh penyerahan ialah tiga (3) minggu dari tarikh pesanan rasmi dikeluarkan.
7.2. Jabatan-Jabatan dibenarkan membuat pindaan kepada tempoh penyerahan ini kepada suatu tempoh yang lain tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
7.2.1. Persetujuan pindaan ini dibuat secara bertulis oleh Pegawai Kewangan Persekutuan atau wakilnya dengan kontraktor.
7.2.2. Pindaan tersebut dimaklumkan kepada Perbendaharaan Malaysia Sarawak sebelum barang-barang tersebut diserahkan.
7.2.3. Jabatan berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pesanan yang dibuat di bawah peruntukan ini.
7.3. Barang-barang yang diserahkan oleh kontraktor pada masa dan
tarikh yang ditetapkan di dalam Borang Pesanan tidak boleh
ditolak tanpa arahan secara bertulis daripada pegawai yang
membuat pesanan. Jika penolakan dibuat secara 'ad hoc'
tanpa memberitahu terlebih dahulu kepada kontraktor,
tindakan boleh diambil terhadap pegawai berkenaan termasuk
menanggung segala tuntutan gantirugi oleh kontraktor
berhubung dengan perkara ini. Sebarang penangguhan atau
pindaan kepada tarikh penyerahan hendaklah dibuat secara
bertulis dan sesalinan notis tersebut dihantar kepada
Perbendaharaan Malaysia Sarawak dan Unit yang membuat
bayaran di Jabatan-Jabatan berkenaan.
7.4. Sekiranya Jabatan pemesan telah mematuhi 9.1. dan 10.3 dan
kontraktor gagal membuat bekalan dalam tempoh penyerahan
kecuali bagi keperluan segera sahaja, Jabatan-Jabatan
Kerajaan boleh membeli dari punca-punca lain. Perkara
pembelian tersebut hendaklah dilaporkan dengan serta-merta
ke Perbendaharaan Malaysia Sarawak dengan menyertakan
sekali salinan Pesanan Tempatan dan inbois/bil yang
terlibat.
7.5. Sebarang pesanan yang tidak dilaksanakan oleh kontraktor
mengikut tempoh penyerahan dan pembelian dari punca-punca
lain telah dibuat, Jabatan pemesan hendaklah melaporkan
dengan segera kepada Perbendaharaan Malaysia Sarawak
dengan menyatakan nombor kontrak, nombor pesanan tempatan,
tarikh, kuantiti dan nilai pesanan berkenaan. Sekiranya
pesanan tersebut telah diterima sila juga nyatakan tarikh
penerimaannya.
8. PESANAN MINIMA
8.1. Pesanan minima bagi tiap-tiap satu pesanan untuk satu destinasi tidak dihadkan. Bagaimanapun, pesanan hendaklah tidak terlalu sedikit yang boleh mendatangkan masalah dan merugikan kontraktor.
9. ANGGARAN KEPERLUAN
9.1. Semua Jabatan pemesan dikehendaki menghantar jadual anggaran serta jangkamasa keperluan bagi tahun berkenaan kepada kontraktor dengan segera untuk memudahkan/membolehkan kontraktor membuat perancangan pembekalan sebagaimana yang dikehendaki. Satu salinan jadual berkenaan hendaklah dipanjangkan kepada Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
9.2. Sekiranya Jabatan pemesan tidak mematuhi arahan pada 9.1. dan 10.3. kontraktor berkenaan tidak boleh dipersalahkan jika berlaku lewat bekalan kelak.
10. PESANAN
10.1. Pesanan hendaklah dibuat terus kepada kontraktor yang dilantik mengikut kawasan masing-masing dengan mencatatkan nombor kontrak, jenis barang dan kuantiti keperluan. Pesanan terakhir oleh Jabatan mestilah dibuat tidak lewat dari tiga (3) minggu sebelum tarikh tamat kontrak.
10.2. Keperluan yang terlalu banyak janganlah diminta melalui satu pesanan sahaja tetapi hendaklah dipecah-pecahkan kepada beberapa pesanan. Pesanan itu pula hendaklah dijarakkan tempohnya mengikut jangkamasa yang munasabah. Ini akan memudahkan kontraktor membuat bekalan dan seterusnya memudahkan Jabatan pemesan membuat bayaran bagi pesanan-pesanan berkenaan.
10.3 Bagi pihak pemesan di kawasan pendalaman, sekiranya keperluan pesanan kecil dinasihatkan supaya membuat satu pesanan untuk keperluan bagi tempoh tiga/empat bulan sekali supaya jumlah bekalan itu memadai dan senang untuk dilaksanakan oleh kontraktor.
10.4. Jabatan pemesan dikehendaki memberi alamat yang lengkap serta nama pegawai dan nombor telefon masing-masing kepada kontraktor supaya pembekalan dapat dijalankan dengan licin dan tepat pada tempat yang dikehendaki.
11 . PEMBUNGKUSAN
11.1. Barang yang dipesan akan dibungkus dengan sempuma bagi
melindungi daripada sebarang kerosakan atau kehilangan.
Jika ada apa-apa kerosakan atau kehilangan yang disebabkan
oleh pembungkusan yang tidak sempurna, kontraktor hendaklah
diminta mengganti dengan bekalan baru dalam tempoh empat
belas (14) hari tanpa apa-apa tambahan kos.
12. PEMERIKSAAN
12.1. Jabatan pemesan hendaklah memeriksa bekalan yang diterima untuk mempastikan bahawa jenis dan jumlah barang yang dibekalkan itu sama seperti yang dipesan. Jika didapati kekurangan, kontraktor hendaklah diminta segera mengganti jumlah yang kurang itu tanpa apa-apa tambahan kos.
12.2. Barang yang dibekalkan mestilah berada di dalam keadaan baik.
Barang yang didapati rosak atau cacat semasa penerimaannya
hendaklah ditolak dan kontraktor diminta mengganti dengan
bekalan baru tanpa apa-apa tambahan kos. Penolakan ini
hendaklah dibuat serta-merta secara bertulis dan disalinkan
kepada Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
13. KAWALAN KUALITI
13.1. Jika ada apa-apa keraguan tentang kualiti barang-barang disebabkan kerosakan pembungkusan, Jabatan pemesan hendaklah meminta kontraktor menggantikan barang-barang yang diragui kualitinya dengan bekalan baru tanpa apa-apa kos tambahan. Penolakan hendaklah dibuat secara bertulis dengan salinan kepada Pegawai Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan Malaysia Sarawak pada hari penolakan itu dibuat. Kontraktor mestilah menggantikan barang-barang tersebut dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh pemberitahuan dikeluarkan.
14. TEMPOH AKHIR PENGADUAN
14. 1. Jabatan pengguna hendaklah mengemukakan apa-apa aduan mengenai kontrak ini dengan serta-merta dan tidak lewat daripada tiga (3 ) bulan selepas tarikh tamat kontrak. Perbendaharaan Malaysia Sarawak tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa masalah yang berbangkit akibat dari kegagalan Jabatan mematuhi arahan ini.
15. PEMBAYARAN BIL
15.1. Pembayaran terhadap bil-bil yang dikemukakan oleh kontraktor hendaklah dibuat mengikut tatacara yang ditetapkan oleh Akauntan Negara Malaysia.
15.2. Pembayaran hendaklah dibuat terus kepada kontraktor.
15.3. Bagi pesanan yang telah disempurnakan oleh kontraktor dengan memuaskan, bil mengenai dengannya hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga puluh (30 hari) dari tarikh bil itu diterima.
15.4. Walau apapun peraturan atau tatacara penerimaan barang-barang
yang diamalkan oleh sesuatu Jabatan, pengesahan penerimaan
barang-barang mestilah dibuat dengan segera pada hari bekalan
disempurnakan untuk membolehkan kontraktor mengemukakan bil
pembayaran dengan seberapa segera. Jabatan tidak perlu
menunggu laporan ujian Jabatan Penguji untuk membuat bayaran.
16. PENGGUNAAN KONTRAK
16.1. Semua Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun dan Agensi yang berkenaan di bawah kelolaan masing-masing hendaklah menggunakan kontrak ini sahaja dan tidak dibenarkan membeli dari punca lain tanpa kebenaran Pegawai Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
16.2. Penentuan dalam kontrak ini adalah penentuan gunasama pelbagai Jabatan. Sekiranya penentuan itu tidak sesuai dengan keperluan Jabatan pengguna, sila kemukakan penentuan yang diperlukan, dengan menyatakan perbezaan dari penentuan kontrak ini serta justifikasi mengapa perbezaan itu perlu.
16.3. Perbendaharaan Malaysia Sarawak seterusnya akan menimbangkan pengecualian daripada menggunakan Kontrak Pusat dan perolehan melalui aturcara lain.
Sekian, terima kasih.
"Sentiasa Mesra, Teliti dan Cepat"
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
Saya yang menurut perintah, t.t.
(HAJI MOHD. ARIFF BIN HAJI YUSOF) Pegawai Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan Malaysia, Sarawak.
LAMPIRAN 'A'
HARGA KONTRAK BAGI MEMBUAT, MEMBEKAL DAN MENGHANTAR KORDIAL JUS ASAM SUSUR (PRODUK ROSELLE) KEPADA SEMUA JABATAN PERSEKUTUAN (TERMASUK SEKOLAH KATEGORI 'A' & 'B') DAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN DI NEGERI SARAWAK BAGI TAHUN 2001 - 2003
| KAWASAN | HARGA KONTRAK | |
| 1 Liter | 5 Liter | |
Seluruh Sarawak |
RM 7.50 | RM 35.00 |
LAMPIRAN'B'
SPESIFIKASI KORDIAL JUS ASAM SUSUR (PRODUK ROSELLE)
1. Pecahan Peratus Kandungan:-
1.1 Roselle Extract - 58.87%
1.2 Natural Sugar - 40.87%
1.3 Permitted Food Conditioners - 0.18%
1.4 Permitted Food Preservatives - 0.08%
2. Spesifikasi Bungkusan
2.1 Size 1 litre 5 litre
Height 245mm 285mm
Length 65mm 190mm
Width 65mm 120mm
Bottle type PolyEthylene Terephthalate PolyEthylene
(P.E.T) (P.E.)
Carton Size 330mm(L)x250mm(H)x20Omm(W)
Quantity 12 bottles/carton 4 bottles/binding
2.2 Recommended shelf life : 15 months