Fcrest
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK,			
TINGKAT 16, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR,
JALAN SIMPANG TIGA,
93592 KUCHING.

________________________________________________________________________________________________

						Ruj. Kami : PKP(S) 124-1/7/8(5)
						Tarikh : 18 Mei 2001
Semua Ketua Jabatan Persekutuan,			
SARAWAK.
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan,
SARAWAK.
Tuan

 

SURAT PEKELILING KONTRAK 
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK
BILANGAN 9 TAHUN 2001

 

Kontrak Pusat Bagi Pembuatan, Pembekalan dan Penghantaran Roti Bantal, Bun, 
Kek Dan Kaya Kepada Semua Jabatan Persekutuan di Sarawak ( Termasuk Sekolah 
Kategori 'A','B' dan 'C' ) dan Badan Berkanun Persekutuan Bagi Kawasan
Sarikei Untuk Tahun 2001 Hingga 2003
1 .    	PERIHAL
       	1.1	Perbendaharaan Malaysia Sarawak telah menambah satu lagi
		kontrak Pusat bagi Pembuatan, Pembekalan dan Penghantaran Roti 
		Bantal, Bun, Kek Dan Kaya Kepada Semua Jabatan Persekutuan 
		dan Badan Berkanun Persekutuan (Termasuk Sekolah-Sekolah 
		Kategori 'A', 'B' dan 'C') Bagi Kawasan Sarikei Untuk Tahun 
		2001 Hingga 2003.
		
2.     	BUTIR-BUTIR KONTRAKTOR DAN NOMBOR KONTRAK
       	2.1.   	Butir-butir mengenai kontraktor, nombor kontrak dan harga 
...		kontrak seperti di Lampiran 'A'.
3.      TEMPOH KONTRAK
         3.1.	Tempoh kontrak berkuatkuasa mulai 1 April 2001 hingga
		31 Januari 2003.
4.	HARGA
         4.1.  	Harga di bawah kontrak ini adalah harga bersih bagi satu 
		buku/bantal termasuk semua cukai serta kos pembungkusan 
		pengiriman/penghantaran ke tempat-tempat yang berkaitan.
		Harga item kontrak seperti di Lampiran 'A'.   
5.       PENENTUAN
         5.1.   Pejabat ini akan sentiasa mengawasi tentang mutu bekalan 
		supaya menepati penentuan-penentuan yang telah ditetapkan 
...		seperti di Lampiran'B'.
6.       TEMPOH PENYERAHAN
         6.1.   Tempoh penyerahan ialah tiga (3) minggu dari tarikh pesanan 
		rasmi dikeluarkan.
         6.2.   Jabatan-Jabatan Kerajaan adalah dibenarkan untuk membuat 
		pindaan kepada tempoh penyerahan ini kepada suatu tempoh 
		yang lain tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
                6.2.1.  Persetujuan pindaan ini dibuat secara bertulis oleh
			Pegawai Kewangan Persekutuan atau wakilnya dengan 
			kontraktor.
                6.2.2.  Pindaan tersebut dimaklumkan kepada Perbendaharaan 
			Malaysia Sarawak sebelum barang-barang tersebut 
			diserahkan.
                6.2.3.  Jabatan berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya 
			terhadap pesanan yang dibuat di bawah peruntukan ini.
         6.3.	Barang-barang yang diserahkan oleh kontraktor pada masa dan 
		tarikh yang ditetapkan di dalam Borang Pesanan tidak boleh 
		ditolak tanpa arahan secara bertulis daripada pegawai yang 
		membuat pesanan. Jika penolakan dibuat secara 'ad hoc'
                tanpa memberitahu terlebih dahulu kepada kontraktor, 
		tindakan boleh diambil terhadap pegawai berkenaan termasuk 
		menanggung segala tuntutan gantirugi oleh kontraktor 
		berhubung dengan perkara ini.  Sebarang penangguhan atau 
		pindaan kepada tarikh penyerahan hendaklah dibuat secara 
		bertulis dan sesalinan notis tersebut dihantar kepada 
		Perbendaharaan Malaysia Sarawak	dan Unit yang membuat 
		bayaran di Jabatan-Jabatan berkenaan.
         6.4.   Sekiranya Jabatan pemesan telah mematuhi 8.1. dan 9.4. dan 
		kontraktor gagal membuat bekalan dalam tempoh penyerahan 
		kecuali bagi keperluan segera sahaja, Jabatan-Jabatan 
		Kerajaan boleh membeli dari punca-punca lain.  Perkara 
		pembelian tersebut hendaklah dilaporkan dengan serta merta 
		ke Perbendaharaan Malaysia Sarawak dengan menyertakan sekali 
		salinan Pesanan Tempatan dan inbois/bil yang terlibat.
         6.5.   Sebarang pesanan yang tidak dilaksanakan oleh kontraktor 
		mengikut tempoh penyerahan dan pembelian dari punca-punca 
		lain telah dibuat, Jabatan pemesan hendaklah melaporkan 
		dengan segera kepada Perbendaharaan Malaysia Sarawak
                dengan menyatakan nombor kontrak, nombor pesanan tempatan, 
		tarikh, kuantiti dan nilai pesanan berkenaan.  Sekiranya 
		pesanan tersebut telah diterima sila juga nyatakan
                tarikh penerimaannya.
7.       PESANAN MINIMA
         7.1.   Pesanan minima bagi tiap-tiap satu pesanan untuk satu 
		destinasi tidak dihadkan. Walau bagaimanapun, pesanan 
		hendaklah tidak terlalu sedikit yang boleh mendatangkan 
		masalah dan merugikan kontraktor.
8.       ANGGARAN KEPERLUAN
         8.1.   Semua Jabatan pemesan dikehendaki menghantar jadual anggaran 
		serta jangkamasa keperluan bagi tahun berkenaan kepada 
		kontraktor dengan segera untuk memudahkan/membolehkan 
		kontraktor membuat perancangan pembekalan sebagaimana yang 
		dikehendaki. Satu salinan jadual berkenaan hendaklah
                dipanjangkan kepada Pejabat Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
         8.2.   Sekiranya Jabatan pemesan tidak mematuhi arahan pada 8.1.dan
		9.4. kontraktor berkenaan tidak boleh dipersalahkan jika 
		berlaku lewat bekalan kelak.
9.       PESANAN
         9.1. 	Semua pesanan hendaklah dibuat terus kepada kontraktor yang
		dilantik mengikut kawasan masing-masing dengan mencatatkan 
		nombor kontrak, jenis barang dan kuantiti keperluan. Pesanan
		terakhir oleh Jabatan mestdah dibuat tidak lewat dari tiga
                (3) minggu sebelum tarikh tamat kontrak.
         9.2.   Keperluan yang terlalu banyak janganlah diminta melalui satu 
		pesanan sahaja tetapi hendaklah dipecah-pecahkan kepada 
		beberapa pesanan.  Pesanan itu pula hendaklah dijarakkan
		tempohnya mengikut jangkamasa yang munasabah. Ini akan
		memudahkan kontraktor membuat bekalan dan seterusnya 
		memudahkan Jabatan pemesan membuat bayaran bagi pesanan-
		pesanan berkenaan.
         9.3. 	Bagi pihak pemesan di kawasan pendalaman,sekiranya keperluan 
		pesanan kecil, adalah dinasihatkan supaya membuat satu 
		pesanan untuk keperluan bagi tempoh tiga/empat bulan sekali 
		supaya jumlah bekalan itu memadai dan senang untuk 
		dilaksanakan oleh kontraktor.
         9.4.   Jabatan pemesan adalah dikehendaki memberi alamat yang
		lengkap	serta nama pegawai dan nombor telefon masing-masing 
		kepada kontraktor supaya pembekalan dapat dijalankan dengan 
		licin dan tepat pada tempat yang dikehendaki.
10. 	PEMBUNGKUSAN
         10.1.	Semua barang yang dipesan akan dibungkus dengan sempurna 
		bagi melindungi daripada sebarang kerosakan atau kehilangan.  
		Apa-apa kerosakan atau kehilangan yang disebabkan oleh 
		pembungkusan yang tidak sempurna kontraktor hendaklah 
		diminta mengganti dengan bekalan baru dalam tempoh empat 
		belas (14) hari tanpa apa-apa tambahan kos.
11.      PEMERIKSAAN
         11.1.	Jabatan pemesan hendaklah memeriksa bekalan yang diterima 
		untuk mempastikan bahawa jenis dan jumlah barang yang 
		dibekalkan itu adalah sama seperti yang dipesan.Jika didapati
		kekurangan, kontraktor hendaklah diminta segera mengganti
                jumlah yang kurang itu tanpa apa-apa tambahan kos.
         11.2.  Semua barang-barang yang dibekalkan mestilah berada di dalam 
		keadaan baik. Barang-barang yang didapati rosak atau cacat 
		semasa penerimaannya hendaklah ditolak dan kontraktor diminta
		mengganti dengan bekalan baru tanpa apa-apa tambahan kos.  
		Penolakan ini liendaklah dibuat serta-merta dan secara 
		bertulis dan disalinkan kepada Pejabat Perbendaharaan 
		Malaysia Sarawak.
12. 	 KAWALAN KUALITI
         12.1.  Jika ada apa-apa keraguan tentang kualiti barang-barang 
		disebabkan kerosakan pembungkusan, Jabatan pemesan hendaklah 
		meininta kontraktor menggantikan barang-barang yang diragui 
		kualitinya dengan bekalan baru tanpa apa-apa kos tambahan.  
		Penolakan hendaklah dibuat secara bertulis dengan salinan 
		kepada Pegawai Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan Malaysia 
		Sarawak pada hari penolakan itu dibuat.  Kontraktor mestilah
		menggantikan barang-barang tersebut dalam tempoh dua (2) 
		minggu dari tarikh pemberitahuan dikeluarkan.
13.      TEMPOH AKHIR PENGADUAN
         13.1.	Jabatan pengguna hendaklah mengemukakan apa-apa aduan mengenai
		kontrak ini dengan serta-merta dan tidak lewat daripada tiga 
		(3) bulan selepas tarikh tamat kontrak.  Perbendaharaan 
		Malaysia Sarawak tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa 
		masalah yang berbangkit akibat dari kegagalan Jabatan 
		mematuhi arahan ini.
14.      PEMBAYARAN BIL
         14.1.	Pembayaran terhadap bil-bil yang dikemukakan oleh kontraktor 
		hendaklah dibuat mengikut tatacara yang ditetapkan oleh 
		Akauntan Negara Malaysia.
         14.2.  Pembayaran hendaklah dibuat terus kepada kontraktor.
         14.3.  Bagi pesanannya yang telah disempurnakan oleh kontraktor 
		dengan memuaskan, bil mengenai dengannya hendaklah 
		dijelaskan dalam tempoh tiga puluh (30 hari) dari 
		tarikh bil itu diterima.
         14.4.  Walau apapun peraturan atau tatacara penerimaan barang-barang 
		yang diamalkan oleh sesuatu Jabatan pengesahan penerimaan 
		barang-barang mestilah dibuat dengan segera pada hari 
		bekalan	disempurnakan untuk membolehkan kontraktor 
		mengemukakan bil pembayaran dengan seberapa segera.  
		Jabatan tidak perlu menunggu laporan ujian Jabatan
		Penguji untuk membuat bayaran.
15. 	PENGGUNAAN KONTRAK
         15.1.  Semua Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun dan Agensi-
		Agensi yang berkenaan di bawah kelolaan masing-masing 
		hendaklah menggunakan kontrak ini sahaja dan tidak dibenarkan
		membeli dari punca lain tanpa kebenaran Pegawai Kewangan 
		Persekutuan, Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
         15.2.  Penentuan dalam kontrak ini adalah penentuan gunasama pelbagai
		Jabatan.   Sekiranya penentuan itu tidak sesuai dengan 
		keperluan Jabatan pengguna, sila kemukakan penentuan yang 
		diperlukan, dengan menyatakan perbezaan dari penentuan 
                kontrak ini serta justifikasi mengapa perbezaan itu perlu.
         15.3. 	Perbendaharaan Malaysia Sarawak seterusnya akan menimbangkan 
		pengecualian daripada menggunakan Kontrak Pusat dan 
		perolehan melalui aturcara lain.
16. 	HAL-HAL LAIN
         16. 1.	Jika terdapat sebarang kemusykilan mengenai kontrak ini, 
		Jabatan pengguna adalah dinasihatkan menghubungi 
		Pejabat Perbendaharaan Malaysia Sarawak seperti di alamat 
		di atas atau melalui telefon no.082-421333 kepada 
		Encik Mohd. Saiful Sungkih bin Abdullah - sambungan 243.


Sekian, terima kasih.
"Sentiasa Mesra, Teliti dan Cepat"
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
Saya yang menurut perintah,
	t.t.
(HAJI MOHD. ARIFF BIN HAJI YUSOF)
Pegawai Kewangan Persekutuan,
Perbendaharaan Malaysia,
Sarawak.

 

 

 

 

								LAMPIRAN 'A'

 

Nama, Alamat, No. Kontrak Dan No. Telefon Kontraktor Nama Dan No. Akaun Bank Kawasan Item Harga Kontrak (RM)
Agensi Lain & Sek. Kat. 'A' Sek. Kat. 'B' Sek. Kat. 'C'
Asaku Enterprise
No. 15, Tingkat Satu,
Jalan Jubli Mutiara,
96100 Sarikei.

No. Kontrak :
PMS/124/KONT/2001-09

No. Tel : 084-651918

No. Fax : 084-659918

Hong Leong Bank Berhad
No. 6, Jalan Merdeka,
96100 Sarikei.

No. Akaun :
20-00-06169-0

Sarikei

Roti Bantal
(350 gm)
1.30 1.40 1.55
Roti Bun
(80 gm)
0.35 0.40 0.45
Kek
(50 gm)
0.40 0.40 0.40
Kek
(65 gm)
0.40 0.40 0.40
Kaya (425 gm) 2.30 2.30 2.30

 

                                       				
								LAMPIRAN 'B'


                          SPESIFIKASI ROTI & KEK
1.      Roti dan Kek hendaklah ditanggung halal.
2.      Roti dan Kek hendaklah lembut, tidak masuk angin, tidak hancur dan 
	tidak berkulat.
3.      Roti dan Kek hendaklah mempunyai kandungan dari bahan-bahan yang 
	dibenarkan mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 
	hendaklah mengandungi bahan-bahan seperti berikut:-
               3.1    Tepung               3.6     Milk Powder
               3.2    Gula                 3.7     Air (ICE)
               3.3    Yeast                3.8     Garam
               3.4    Bacom                3.9     Improver
               3.5    Voltitex             3.10    Shortening
4.      Roti Bun hendaklah mengandungi inti sama ada:-
               4.1    Mentega atau
               4.2    Kacang
5.      Berat bagi tiap-tiap satu Roti Bun ialah 80 gm, Kek 50gm/65gm dan 
	berat bagi Roti Bantal ialah 350gm/440gm.
6.      Roti hendaklah dibungkus dalam plastik dan tidak boleh masuk
	angin dan seterusnya diisi dalam kotak kertas yang dalam keadaan baik.
	Tiap-tiap bungkusan plastik hendaklah diemboskan dengan:-
               6.1    Nama dan alamat Pembuat:
               6.2    Tarikh Akhir Guna (Expiry Date):
               6.3    Bahan-Bahan Kandungan:
               6.4    Berat Kandungan: dan
               6.5    Dicop dengan "Hak Kerajaan"
7.	Kelapa hendaklah segar dan tua yang mengeluarkan banyak santan.
8.   	Tepung gandum hendaklah bersih, dikilang dengan sempurna dan 
	mempunyai kualiti yang terbaik.
9.   	Sri Kaya hendaklah mempunyai rasa yang sedap dan tidak mempunyai bau 
	yang tengik atau menunjukkan tanda-tanda rosak atau basi.
10.  	Sri Kaya ini hendaklah dimasukkan didalam kontena plastik dan 
	diproses dengan sempurna supaya ia dapat dikekalkan dalam 
	keadaan baik.

TANDAKENAL/TANDA KETERANGAN DI KONTENA PLASTIK
1 .  	Di luar tiap kontena plastik hendaklah ditanda dengan tandakenal 
	"HAK KERAJAAN MALAYSIA" dan tanda keterangan berikut:-
     a)   Nama Bahan
     b)   Berat Bersih
     c)   Tarikh Pengeluaran
     d)   Tarikh Luput
     e)   Ramuan (Ingredient)

 

Kembali ke Senarai Surat Pekeliling Kontrak Pusat PMS