Fcrest
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK,			
TINGKAT 16, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR,
JALAN SIMPANG TIGA,
93592 KUCHING.
 ___________________________________________________________________________

 						Ruj. Kami : PKP(S) 124-1/6/1 JLD.2(83)
						Tarikh : 16 Ogos 2001
 Semua Ketua Jabatan Persekutuan,			
 SARAWAK.
 Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan,
 SARAWAK.
 Tuan

 

 TAMBAHAN PERTAMA KEPADA SURAT PEKELILING KONTRAK 
 PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK
 BILANGAN 11 TAHUN 2001
 Kontrak Pusat Bagi Pembekalan dan Penghantaran Daging Ayam (Halal)
 Kepada Semua Jabatan Persekutuan, Sarawak (Termasuk Sekolah Kategori
 'A' & 'B') dan Badan Berkanun Persekutuan di Sarawak
 Bagi Tahun 2001 Hingga 2003
 1 .   PERIHAL
       1.1	Perbendaharaan Malaysia Sarawak melalui Surat Pekeliling
		Kontrak Bil. 11 Tahun 2001 telah memaklumkan tentang pelaksanaan
		kontrak pusat bagi Pembekalan dan Penghantaran Daging Ayam
		(Halal) Kepada Semua Jabatan Persekutuan(Termasuk Sekolah
		Kategori 'A' & 'B') dan Badan Berkanun Persekutuan Sarawak
		Untuk Kawasan Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Miri'A'
		(Miri/Bakong/Bekenu/Subis),Kapit, Miri 'B' (Marudi/Baram)
		dan Sibu (Tidak termasuk Mukah/Dalat)
		Bagi Tahun 2001 Hingga 2003.
	1.2	Surat ini sebagai Tambahan Pertama kepada Surat Pekeliling
		Kontrak Bil. 11 Tahun 2001 memperluaskan pelaksanaan kontrak
		pusat bagi Pembekalan dan Penghantaran Daging Ayam (Halal) 
		Kepada Semua Jabatan Persekutuan(Termasuk Sekolah Kategori
		'A' & 'B') dan Badan Berkanun Persekutuan Sarawak untuk
		Kawasan Bintulu, Mukah & Dalat dan Angkatan Tentera Malaysia
		(ATM)Sarawak Bagi Tahun 2001 Hingga 2003.
		      
 2.    NOMBOR DAN NAMA KONTRAK
       2.1 	Nombor Kontrak     :     Seperti di Jadual 'A'.
            	Nama Kontrak       :     Pembekalan dan Penghantaran
                                     	 Daging Ayam (Halal)
 3.    BUTIR-BUTIR KONTRAKTOR
 ...	3.1	Nama dan butir-butir kontraktor berkenaan seperti di Jadual'A'.
 4.    TEMPOH KONTRAK
       4.1 	Tempoh kontrak ialah selama dua (2) tahun berkuatkuasa
		mulai 1 Ogos 2001 sehingga 31 Julai 2003.
 5.    HARGA
       5.1  	Harga di bawah kontrak ini adalah harga bersih bagi satu 
		kilogram (kg)Ayam termasuk semua cukai serta kos pembungkusan dan
                dan penghantaran ke tempat-tempat yang berkaitan seperti
		di Jadual 'A'.
      
 6.    PENENTUAN
       6.1   	Pejabat ini akan sentiasa mengawasi tentang mutu bekalan supaya
                menepati penentuan-penentuan yang telah ditetapkan seperti di 
...		Lampiran 'A'.
 7.    TEMPOH PENYERAHAN
       7.1   	Tempoh penyerahan ialah tiga (3) minggu dari tarikh pesanan rasmi
                dikeluarkan.
       7.2   	Jabatan-Jabatan Kerajaan adalah dibenarkan untuk membuat pindaan
                kepada tempoh penyerahan ini kepada suatu tempoh yang lain 
		tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
                7.2.1 	Persetujuan pindaan ini dibuat secara bertulis oleh Pegawai
                        Kewangan Persekutuan atau wakilnya dengan kontraktor.
                7.2.2   Pindaan tersebut dimaklumkan kepada Pejabat Kewangan
                        Persekutuan sebelum barang-barang tersebut diserahkan.
                7.2.3   Jabatan berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
                        pesanan yang dibuat di bawah peruntukan ini.
       7.3   	Barang-barang yang diserahkan oleh kontraktor pada masa dan 
		tarikh yang ditetapkan di dalam Borang Pesanan tidak boleh 
		ditolak tanpa arahan secara bertulis daripada pegawai yang 
		membuat pesanan.  Jika penolakan dibuat secara 'ad hoc' tanpa
		memberitahu terlebih dahulu kepada kontraktor, tindakan boleh
		diambil terhadap pegawai berkenaan termasuk menanggung segala 
		tuntutan gantirugi oleh kontraktor berhubung dengan perkara ini.
 		Sebarang penangguhan atau pindaan kepada tarikh penyerahan 
		hendaklah dibuat secara bertulis dan sesalinan notis tersebut
                dihantar kepada Pejabat Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan
                Malaysia, Sarawak dan Unit yang membuat bayaran di Jabatan-Jabatan
                berkenaan.
       7.4   	Sekiranya Jabatan pemesan telah mematuhi 9.1. dan 10.4. dan kontraktor
                gagal membuat bekalan dalam tempoh penyerahan kecuali bagi keperluan
                segera sahaja, Jabatan-Jabatan Kerajaan boleh membeli dari punca-punca
                lain.  Perkara pembelian tersebut hendaklah dilaporkan dengan serta-merta
                ke Pejabat Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan Malaysia, Sarawak
                dengan menyertakan sekali salinan Pesanan Tempatan dan inbois/bil yang
                terlibat.
       7.5   	Sebarang pesanan yang tidak dilaksanakan oleh kontraktor mengikut
                tempoh penyerahan dan pembelian dari punca-punca lain telah dibuat,
                Jabatan pemesan hendaklah melaporkan dengan segera kepada Pejabat
                Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan Malaysia, Sarawak dengan
                menyatakan nombor kontrak, nombor pesanan tempatan, tarikh, kuantiti dan
                nilai pesanan berkenaan.  Sekiranya pesanan tersebut telah diterima sila
                juga nyatakan tarikh pencrimaannya.
 8.   PESANAN MINIMA
       8.1   	Pesanan minima bagi tiap-tiap satu pesanan untuk satu destinasi tidak
                dihadkan.  Bagimanapun, pesanan hendaklah tidak terlalu sedikit yang
                boleh mendatangkan masalah dan merugikan kontraktor.
 9.   ANGGARAN KEPERLUAN
       9.1   	Semua Jabatan Pemesan dikehendaki menghantar jadual anggaran serta
                jangkamasa keperluan bagi tahun berkenaan kepada kontraktor degan
                segera untuk memudahkan/membolehkan kontraktor membuat
                perancangan pembekalan sebagaimana yang dikehendaki. Satu salinan
                jadual berkenaan hendaklah dipanjangkan kepada Pejabat 
                Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
       9.2   	Sekiranya Jabatan Pemesan tidak mematuhi arahan pada 9.1. dan 10.3.
                kontraktor berkenaan tidak boleh dipersalahkan jika berlaku lewat 
		bekalanb kelak.
 10. PESANAN
      10.1 	Semua pesanan hendaklah dibuat terus kepada kontraktor yang dilantik
                mengikut kawasan masing-masing dengan mencatatkan nombor kontrak,
                jenis barang dan kuantiti keperluan.  Pesanan terakhir oleh Jabatan
                mestilah dibuat tidak lewat dari dua (2) minggu sebelum tarikh tamat
                kontrak.
     10.2  	Keperluan yang terlalu banyak janganlah diminta melalui satu pesanan
                sahaja tetapi hendakah dipecah-pecahkan kepada beberapa pesanan.
                Pesanan-pesanan itu pula hendaklah dijarakkan tempohnya mengikut
                jangkamasa yang munasabah. Ini akan memudahkan kontraktor membuat
                bekalan dan seterusnya memudahkan Jabatan pemesan membuat bayaran
                bagi pesanan-pesanan berkenaan.
     10.3  	Bagi pihak pemesan di kawasan pendalaman, sekiranya keperluan pesanan
                kecil, adalah dinasihatkan supaya membuat satu pesanan untuk keperluan
                bagi tempoh tiga/empat bulan sekali supaya jumlah bekalan itu memadai
                dan senang untuk dilaksanakan oleh kontrakor.
     10.4  	Jabatan peemesan adalah dikehendaki memberi alamat yang lengkap serta
                nama pegawai dan nombor telefon masing-masing kepada kontraktor
                supaya pembekalan dapat dijalankan degan licin dan tepat pada tempat
                yang dikehendaki.
  11. PEMBUNGKUSAN
     11.1 	Semua barang yang dipesan akan dibungkus dengan sempurna bagi
                melindungi daripada sebarang kerosakan atau kehilangan.  Apa-apa
                kerosakan atau kehilangan yang disebabkan oleh pembungkusan yang
                tidak sempurna kontraktor hendaklah diminta mengganti dengan bekalan
                baru dalam tempoh empat belas (14) hari tanpa apa-apa tambahan kos.
 12. PEMERIKSAAN
     12.1 	Jabatan pemesan hendaklah memeriksa bekalan yang diterima untuk
                mempastikan bahawa jenis dan jumlah barang yang dibekalkan itu adalah
                sama seperti yang dipesan.  Jika didapati kekurangan, kontraktor hendaklah
                diminta segera menganti jumlah yang kurang itu tanpa apa-apa tambahan
                kos.
     12.2  	Semua barang-barang yang dibekalkan mestilah berada di dalam keadaan
                baik dan memuaskan.  Barang-barang yang didapati rosak atau cacat
                semasa penerimaannya hendaklah ditolak dan kontraktor diminta mengganti
                dengan bekalan baru tanpa apa-apa tambahan kos.  Penolakan ini
                hendaklah dibuat serta-merta dan secara bertulis dan disalinkan kepada
                Pejabat Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
 13. KAWALAN KUALITI
     13.1  	Jika ada apa-apa keraguan tentang kualiti barang-barang disebabkan
                kerosakan pembungkusan, Jabatan pemesan hendaklah meminta
                kontraktor menggantikan barang-barang yang diragui kualitinya dengan
                bekalan baru tanpa apa-apa kos tambahan.  Penolakan hendaklah dibuat
                secara bertulis dengan salinan kepada Pegawai Kewangan Persekutuan,
                Perbendaharaan Malaysia, Sarawak pada hari penolakan itu dibuat.
                Kontraktor mestilah menggantikan barang-barang tersebut dalam tempoh
                dua (2) minggu dari tarikh pemberitahuan dikeluarkan.
 14. TEMPOH AKHIR PENGADUAN
     14.1 	Jabatan pengguna hendaklah mengemukakan apa-apa aduan mengenai
                kontrak ini dengan serta-merta dan tidak lewat daripada tiga(3) bulan
                selepas tarikh tamat kontrak.  Pejabat Kewangan Persekutuan, Sarawak
                tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa masalah yang berbangkit akibat
                dari kegagalan Jabatan mematuhi arahan ini.
 15. PEMBAYARAN BIL
     15.1 	Pembayaran terhadap bil-bil yang dikemukakan oleh kontraktor hendaklah
                dibuat mengikut tatacara yang ditetapkan oleh Akauntan Negara Malaysia.
     15.2  	Pembayaran hendaklnh dibuat terus kepada kontraktor.
     15.3  	Bagi pesanannya yang telah disempurnakan oleh kontraktor dengan
                memuaskan, bil mengenai dengannya hendaklah dijelaskan dalam tempoh
                tiga puluh (30 hari) dari tarikh bil itu diterima.
     15.4.  	Walau apapun peraturan atau tatacara penerimaan barang-barang yang
                diamalkan oleh sesuatu Jabatan, pengesahan penerimaan barang-barang           
                mestilah dibuat dengan segera pada hari bekalan disempurnakan untuk
                membolehkan kontraktor mengemukakan bil pembayaran dengan seberapa
                segera.  Jabatan tidak perlu menunggu laporan ujian Jabatan 
		Penguji untuk membuat bayaran.
 16. PENGGUNAAN KONTRAK
     16.1  	Semua Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun dan Agensi-Agensi
                yang berkenaan di bawah kelolaan masing-masing hendaklah
                menggunakan kontrak ini sahaja dan tidak dibenarkan membeli dari punca
                lain tanpa kebenaran Pegawai Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan
                Malaysia Sarawak.
     16.2 	Penentuan dalam kontrak ini adalah penentuan gunasama pelbagai
                Jabatan.  Sekiranya penentuan itu tidak sesuai dengan keperluan Jabatan
                pengguna, sila kemukakan penentuan yang diperlukan, dengan menyatakan
                perbezaan dari penentuan kontrak ini serta justifikasi mengapa perbezaan
                itu perlu.
     16.3.	Pejabat Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan Malaysia, Sarawak
                seterusnya akan menimbangkan pengecualian daripada menggunakan
                Kontrak Pusat dan perolehan melalui aturcara lain.
 17. HAL-HAL LAIN
      17.1 	Jika terdapat sebarang kemusykilan mengenai kontrak ini, Jabatan
                pengguna adalah dinasihatkan menghubungi Pejabat Perbendaharaan
                Malaysia Sarawak seperti di alamat di atas atau melalui telefon
		no. 082-421333 kepada Encik Mohd. Saiful Sungkih bin Abdullah
		sambungan 243 atau email ppkp@pmswk.gov.my
 Sekian, terima kasih.
 "Sentiasa Mesra, Teliti dan Cepat"
 " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
 Saya yang menurut perintah,

	   t.t.

 (HAJI MOHD ARIFF BIN HAJI YUSOF)
 Pegawai Kewangan Persekutuan,
 Perbendaaraan Malaysia,
 Sarawak.

 

								Jadual 'A'
		BUTIR-BUTIR KONTRAKTOR DAN HARGA KONTRAK                       
Bil. Alamat Bank / No. Akaun Nama Dan Alamat Kontraktor Kawasan Harga 1 kilogram Daging Ayam (Halal) (RM)
Jabatan/Sekolah Kategori 'A' Sekolah Kategori 'B'

1.

Perbadanan Pembangunan Ekonomi
Sarawak (SEDC)

Tingkat 6-11,
Menara SEDC,
Jalan Tunku Abdul Rahman
P.O. Box 400
93902 KUCHING

Tel : 082-416777
Fax : 082-424330

PMS/124/KONT/2001-37

Bumiputera Commerce Bank
Berhad,
Lot 101, Level 1,
Bangunan Satok,
Jalan Satok,
93400 KUCHING

No. Akaun :
1105-000-5001058

 

Mukah/Dalat 6.40 6.50
Bintulu 6.40 6.50
Angkatan Tentera Malaysia Ayam Bersih
Kuching

Sri Aman

Sibu

Miri/Bintulu

Limbang

5.85

6.40

6.50

6.40

6.50

 

 

								Lampiran 'A'


                        SPESIFIKASI BAGI DAGING AYAM (HALAL)

   1.	Kontraktor/Pembekal hendaklah mengesahkan bahawa ayam-ayam
        tersebut telah disembelih dan diproses dengan cara yang bersih dan
        mengikut peraturan Agama Islam.
   2.	Ayam bersih hendaklah dibekalkan tanpa kepala, kaki, 
	leher, perut(usus).
   3.	Hendaklah dari ayam gemuk dan berat selepas disembelih dan
        dibersihkan tidak kurang dari:-
                    1 3/4 kati (1.1 kg) hingga 2 1/12 kati (1.5 kg)
   4.	Jenis Ayam:-
                   4.1 Ayam segar (fresh) - ayam yang telah sedia dibersihkan
                   4.2 Ayam beku (frozen)
   5.    Ayam hendaklah bebas dari penyakit dan tidak disuntik dengan hormone.

 

Kembali ke Senarai Surat Pekeliling Kontrak Pusat PMS