SURAT PEKELILING PEJABAT KEWANGAN PERSEKUTUAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK
SEMUA KETUA JABATAN BADAN PERSEKUTUAN, Ruj. Kami : PKP(8.00)96/3-7JD.2(115) SARAWAK. Tarikh : 01 Februari 2000
Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING PEJABAT KEWANGAN PERSEKUTUAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK BIL. 1 TAHUN 2000
Pembayaran Dividen Oleh Majikan Akibat Kelewatan Mencarum Wang Simpanan Pekerja
1.0 TUJUAN
1.1 Surat Pekeliling ini dikeluarkan untuk memberikan panduan kepada Jabatan-Jabatan Persekutuan di Sarawak mengenai permohonan kelulusan untuk pembayaran dividen oleh pihak Majikan/Jabatan.
2.0 MAKLUMAT TIDAK LENGKAP DAN ALASAN YANG TIDAK BERKAITAN
2.1 Pejabat ini masih lagi menerima banyak permohonan untuk kelulusan pembayaran dividen dari Jabatan/Badan Berkanun Persekutuan. Didapati penyelenggaraan urusan pembayaran Caruman K.W.S.P. di Jabatan/Badan Persekutuan masih lagi tidak teratur dan menyebabkan pelbagai kerugian dan kerumitan.
2.2 Pekeliling ini menganjurkan pengurusan teratur dan sempurna dari setiap Ketua Jabatan bagi mengelakkan kenaan faedah dan dividen yang membebankan kewangan Kerajaan. Kerjasama dalam mematuhi setiap Acara Kewangan semasa dan Surat Pekeliling ini adalah dituntut.
3.0 PROSIDUR PERMOHONAN
3.1 Permohonan yang dikemukakan mestilah lengkap dengan maklumat-maklumat berikut:-
3.1.1 Menggunakan Borang KEW/KWSP-1/91. 3.1.2 Jumlah Dividen yang terlibat. 3.1.3 Salinan Borang KWSP 1195. 3.1.4 Nama-nama pegawai yang mengendalikan urusan pembayaran K.W.S.P. 3.1.5 Sebab-sebab kelewatan berlaku dengan sokongan surat/ dokumen sebagal bukti yang berkenaan. 3.1.6 Peruntukan Tahunan yang digunakan dan baki Peruntukan Tahun Semasa.
4.0 ALASAN KELEWATAN MENCARUM YANG TIDAK DIPERTIMBANGKAN
4.1 Antara alasan-alasan yang tidak diterima atau dipertimbangkan adalah seperti berikut:-
4.1.1 Tiada Peruntukan Atau Tidak Cukup Peruntukan
Pegawai Pengawal atau Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan baki peruntukan adalah mencukupi sebelum sebarang perbelanjaan dibuat. Tindakan awal perlu diambil bagi mendapatkan peruntukan tambahan ataupun secara pindah peruntukan. Jabatan perlu menghubungi Ibu Pejabat dalam menyelesaikan pembayaran dalam tahun berkenaan.
4.1.2 Terlepas Pandang/Terlupa Membuat Pembayaran
Ketua Jabatan hendaklah memastikan potongan caruman wajib KWSP dibuat mengikut Akta KWSP 1951 dengar, menentukan asas bagi setiap pegawai baru sama ada wajib mencarum atau sebaliknya. Catatan perlu direkod didalam Borang KEW.8 dan Buku Perkhidmatan.
5.0 TINDAKAN KE ATAS LEWAT MEMBUAT CARUMAN
5.1 Jabatan-Jabatan diingatkan supaya mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan dan pelanggaran mana-mana peraturan acara kewangan semasa oleh Jabatan akan dianggap sebagai kecuaian kawalan Wang Kerajaan dan pegawal yang cuai itu akan dicadangkan tindakan tatatertib dan/atau surcaj dikenakan ke atas pegawai dan/atau kakitangan yang bertanggungjawab.
Sekian untuk makluman, terima kasih.
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
Saya yang menurut perintah, t.t. (AMAN SHAH BIN HASHIM) b.p. Pegawai Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan Malaysia, SARAWAK.