Fcrest
SURAT PEKELILING 
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK

                                                                                                                           Ruj. Kami : PKP(S)214 Jld.4(29)

                                                                                                                            Tarikh :10 Ogos 2001

Semua Ketua Jabatan Persekutuan,		
SARAWAK	
Semua Ketua Jabatan Negeri,
SARAWAK
(yang mengurus peruntukan Persekutuan)
			
Semua Ketua Badan Berkanun Negeri,
SARAWAK
(yang mengurus peruntukan Persekutuan)
Semua Residen Bahagian Sarawak

 

Tuan,
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK 
BILANGAN 2 TAHUN 2001
JAWATANKUASA SEBUT HARGA PERINGKAT BAHAGIAN SARAWAK
Saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2.	Dimaklumkan bahawa Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2001  
(Tambahan Pertama SPP Bil. 2 Tahun 1999) telah menurunkan taraf Lembaga 
Perolehan Persekutuan Peringkat Bahagian (Sarawak) kepada Jawatankuasa 
Sebut Harga.
3.	Keahlian Jawatankuasa Sebut Harga Peringkat Bahagian Sarawak 
tersebut masih lagi sama seperti keahlian dalam Lembaga Perolehan Persekutuan
Peringkat Bahagian (Sarawak) seperti berikut :-
	1.	Residen sebagai Pengerusi
	2.	Pegawai Kewangan Persekutuan atau wakilnya
	3.	Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya
	4.	Seorang pegawai Kerajaan dari Jabatan lain yang dengan
		pengetahuan dan pengalamannya boleh memberi sumbangan
		kepada Jawatankuasa.
4.	Oleh yang demikian, mana-mana Jabatan yang tidak mempunyai 
Jawatankuasa Sebut Harga yang telah dilatik secara bertulis oleh Pegawai 
Pengawal di peringkat Jabatan bolehlah sebagai alternatif merujuk perakuan
sebut harga masing-masing ke Jawatankuasa Sebut Harga peringkat Bahagian
Sarawak untuk keputusan.
Sekian, terima kasih.
"Sentiasa Mesra, Teliti dan Cepat"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,

	t.t.

(MOHD. NORZAM MUSTAPA)
b.p. Pegawai Kewangan Persekutuan,
Perbendaharaan Malaysia,
Sarawak.
s.k.:	Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan,
	SARAWAK.
	(Untuk Makluman)